Wednesday, 25 June 2025

LIFE UPDATE

    Hai, Assalamualaikum. Lama tak post apa-apa kat blog ni. Dulu aku selalu gelar diri aku Epa. Sekarang aku dah ada nama panggilan baru, Epot. Hehe. Adalah, someone tu yang bagi. So sekarang umur aku dah 25 tahun. Aku menaip ni pun sebenarnya aku tengah rehat kat ofis. Epot dah kerja, yeay. Adult money, yeay. Komitmen pun mula bertambah, yeay.

    Aku dah ada Diploma, Diploma in Building yang aku cerita pilihan terakhir tu hahaha. Aku juga dah berjaya habis buat Ijazah Sarjana Muda Sains (Seni Bina) ataupun Bachelor of Science (Hons) Architecture. Ya, betul lah tu, aku berjaya sambung Degree Architecture yang aku nak sejak aku mula Diploma. Alhamdulillah. Result aku taklah memberansangkan, tapi, aku dapat habiskan. Dan sekarang, aku tengah tunggu Convocation Day. Maybe bulan November ni :)

    It was a really tough journey. Maybe aku akan buat satu entry pasal life semasa buat degree. Since aku kerja kan, malam-malam mana ada homework dah hahaha. Bosan juga. Sementara masih ingat sebenarnya, lately ingatan aku makin teruk. Aku takut aku lupa semua benda. Jadi, kat sini aku nak mula documenting my life balik. Aku perasan cara penulisan aku pun dah berubah. I'm still the same person, just adulting :)

Tuesday, 12 March 2019

UiTM SERI ISKANDAR


    Assalamualaikum, salam sejahtera, salam WOW! PERAK PANAS. Hahaha. Gurau jek. Dah lama tak update blog. Maaflah, sis sibuk dengan hal uni. Memandangkan harini kelas ELC151 blended learning, lepas siap submit blended learning, terus sis bukak blog. Sambil menyelam, minum air. Alang alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Haa gitchuw.

    Seperti yang pembaca (wujud ke?) sudah sedia maklum, sis dah sambung belajar di UiTM Seri Iskandar dalam bidang Diploma in Building @ Diploma Bangunan. Sis tak akan cerita pasa kos sis sebab sis baru masuk sem 2 kat sini. Banyak lagi yang sis perlu belajar. Jadi jika anda berada disini atas sebab word search, word tag 'Diploma in Building' ataupun 'Diploma Bangunan' dengan harapan entri ni akan cerita serba sedikit pasal kos ini, anda patut berhenti baca entri ini sekarang dan pergi ke link ini untuk makluman lanjut pasal kos Bangunan ye sayang sayang.

    Berbalik kepada sis hidup di UiTM Seri Iskandar. Sekarang ni sis belum setahun pun menuntut ilmu kat UiTM Seri Iskandar ni tapi dah mula semester 2, cepat betul masa berlalu. Banyak lah sis aku, fake sungguh. Aku boleh ingat lagi first day aku datang sini. "Istighfar Aifaa, Istighfar banyak banyak!" HAHAHA! Orang normal lain mungkin first thought dia bila jejak kaki di Uni, "Wah, aku dah jadi pelajar Universiti!". Well, nope. Aku nervous tahap gaban masa tu, apa yang mampu aku buat, aku istigfar je. Aku mula bayang pasal, hidup baru, jaga diri sendiri, cari kawan baru, banyak interaksi dengan manusia, berdikari, pelajaran baru, roommate, duit, PTPTN, lecturer, kelas, kunci pintu, bilik, asrama, tandas, kucing bla bla bla. Ah banyak benda gila lah yang aku pikir. Anxiety pun datang ketuk pintu. Aku nervous sangat nasib tak pitam je. Alhamdulillah, tak pitam pun. Hari pertama aku banyak involving mendaftar sana sini. It went well. Hari itu jugaklah aku kenal dengan roommate aku. Aww. Nama dia Aisyah Salleh. Mula mula dulu panggil Aisyah. Dah lama sikit, makin rapat, panggil Ecah. Sudahnya sekarang panggil Cakleh. Stands for Aisyah Salleh. Hahaha. Maka kami pun hidup sebagai roommate selama 1 semester.




    Itu kehidupan luar kelas. Kehidupan dalam kelas. Selepas hari pertama habis, mulalah kami dengan sesi MDS iaitu Minggu Destini Siswa. "Apa benda ni, nama Minggu Destini Siswa tapi siswi pun kena ikut!" Heh. I'll never get tired hearing that because I find it's funneh. MDS aku dipenuhi dengan larian sana sini sambil berpakaian baju kurung, berseluar trek didalamnya, serta berkasut sukan. Damn. Stylish baq hang! Boleh banyang keadaan tu macam mana? Siswa, berbaju kemeja, memakai tie, berseluar slack dan berkasut sukan. Paling kurang siswa pakai seluar. Siswi ni berkain. Berkain dan berlari bukanlah benda yang sesuai digandingkan bersama. Oh lupa pula. MDS kami juga disulami dengan laungan, jeritan, pekikan kakak dan abang OC berbunyi "PANTAS SISWA, PANTAS SISWI!" Sampai sekarang aku ingat lagi intonasi dan suara kakak OC sorang tu. Sekali bersuara, automatik kau terus angkat kain kau dan mula lari. HAH. Aku juga tak nak cerita detail sangat pasal MDS ni sebab banyak kenangan manis untuk dikenang sekarang tapi sangatlah pahit masa tengah laluinya. Jadi aku tak nak cuba ingat detail sangat. Yang aku ingat, semasa MDS itulah kali pertama dalam hidup aku, aku solat Subuh sambil tidur sebab lebih 24 jam kami tak tidur. Setakat itulah yang aku boleh bagi bayangan kepenatan kami hadapi MDS. Untuk makluman lebih lanjut pasal MDS boleh pergi ke link ini. Walaupun itu entri 2014, kami masa 2018 masih buat benda yang sama. Pergilah baca.

    Selepas habis MDS, kami sambung bulan Interim. Tujuan sebenar Interim tu aku tidak pasti, tapi dengar cerita Interim tu untuk menguji kemahiran belajar pelajar. Sebulan tu kami belajar 'cara untuk belajar'. Kiranya macam nak biasakan pelajar dengan suasana pembelajaran di universiti. Pelajar kena lulus subjek tu kalau tak, tak boleh mula semester 1. (Itu yang aku dengarlah, kesahihannya sampai sudah saya tidak tahu menahu). Best jugaklah Interim ni. Kelas aku nama dia AiTM61. Di situlah aku kenal Fatin, kawan rapat semasa Interim. Sekarang ni kami dah tidak sekelas, jadi kami susah untuk berjumpa. Tapi kalau terserempak, masih lagi bertegur sapa.

    Kemudian, habis Interim kami pun diberi kelas masing-masing. Kelas aku nama dia 1C. Okay lah nanti aku sambung lagi serita kalau ada masa dan ruang dan peluang. Bye!

Random thoughts : Nampak tak Epa dah pandai justify? Mungkin Epa makin dewasa?

Wednesday, 27 June 2018

AN UPDATE AFTER SPM (Part 3)

Saja aku tinggal cliffhanger kat entri yang lepas :P. Ya, aku dapat tawaran. Aku dapat tawaran dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Kat mana? Seri Iskandar, Perak. Kos apa? Part ni yang sedih sekejap. Aku dapat kos Bangunan. Pilihan ke 8 weh. Baru sehari sebelum hari check result tu mak aku cakap, mintak-mintak dapat yang pilihan 1 atau 2. Tapi.. sigh. Tak ada rezeki. Dan ini dia senarai kos yang aku pilih.



Macam sebelum ni aku ada bagitahu, aku minat sains, jadi aku mintak kebanyakan bidang sains. Dan dua undang-undang sebab aku pun minat undang-undang. Kita dibayar untuk bertengkar hahahahah. Tapi tak, aku tahu lawyer kerjanya bukan nak bertengkar je. Aku suka bidang yang akan datang nanti aku dapat kerja dengan manusia. Not to mention, kerja tu jugak dapat tolong orang, macam pakar fisio, lawyer semua tu, kan kita tolong selesaikan masalah orang. Jadi, sebab tu aku pilih bidang-bidang tu. Dulu nak pilih seni bina as pilihan nombor 2, tapi tak layak. Hahaha sian. Nak buat mcm mana kan takda rezeki, Allah tahu yang lebih baik untuk kita.

Masa mula-mula aku tahu aku dapat diploma Bangunan, aku menangis sbb tak dapat pilihan 1 atau 2. Tapi dalam dua 2 ke 3 hari lepas tu, aku mula redha. Aku mula buat research lebih dalam lagi pasal diploma Bangunan tu. Dan apa yang aku dapat actually not bad lah diploma Bangunan tu. Kalau nak baca lebih lanjut boleh lah baca di blog INI.

Dan sampai ke hari ni, aku makin lama makin redha dengan keputusan tu. On bright side, aku tak minat bidang yang nanti aku kerja cuma duduk diam dalam office, kena ikut etika pemakaian bla bla. I'm just not like that, aku suka free, freedom, simple-simple je, sebab aku diantara yang jenis ini, 'pakai tracksuit pergi shopping mall, pakai tudung sarung bila keluar jalan-jalan', that's me lol. Paling fancy yang kawan-kawan aku pernah tengok pun, aku pakai shawl or bawal + jeans + baju jalan-jalan + sneakers. Aku tak minat pakai high heels semua tu. Jadi, memang kos ni yang sesuai untuk aku sebab aku ni lasak (dan juga mempunyai fashion sense teruk). Yang pasti, masa kerja nanti aku tak perlu pakai baju kurung HEEHEHEHEHEH. Teruk betul aku hahah. Atas sebab itulah yang buat kan aku redha dengan kos yang aku dapat ni.

 Hmm part 1
Hmm part 2

Sekarang ni aku dah siap beli/dapatkan dah semua barang-barang keperluan, borang-borang pun dah isi. Tinggal satu je lagi, medical check up. Dan 16 Julai 2018 nanti aku akan berambus kan diri dari Sitiawan, dan hello Seri Iskandar.

InsyaAllah kalau aku sempat aku akan cerita pasal first day aku sebagai penuntut UiTM/pelajar universiti dan akan tangkap gambar banyak2 untuk aku letak kat blog ni dan juga Instagram aku ! Kalau rajin mai mai la follow Instagram saya :3 @aifaamrd

Random thoughts : Aku jugak minat nak jadi penyiasat jenayah semua tu, tapi, bidang tu macam tak laku kat sini (?) Dan lagipun, aku tak jumpa jalan-jalan yang boleh aku ikut so that aku boleh jadi penyiasat akan datang. Hmm lupakan jelah ~

Thursday, 21 June 2018

AN UPDATE AFTER SPM (Part 2)

Entri yang lepas aku cerita pasal aku mereput kat rumah kan. Sekarang ni aku nak cerita fasa-fasa aku nak keluar dari gejala mereput di rumah.

Mula2, kau kena isi borang matrik dengan UPU. Matrik masuk kolej matrikulasi la, dan UPU bakal masuk universiti awam. Dah macam tutorial dah. Back to the point. Aku isi matrik, aku isi upu. Aku dapat tawaran masuk ke matrikulasi Gopeng, Perak, bidang sains, 2 tahun, PDT. Kawan2 aku cakap pihak matrikulasi yang tentukan 1 tahun (PST) ke 2 tahun (PDT) untuk sorang individu tu mengikut keputusan SPM dia. Dan SPM aku seperti yang aku dah bagitau kat entri lalu, aku dapat 4A secara kasar. Subjek sains aku yang 3 ketul tu, Fizik C+, Kimia D, Biologi C. Teruk kan? Jadi tulah penyebab aku dapat 2 tahun punya. 

Mula2 aku seronok aku dapat/layak masuk matrik. Memang nak sangat asalnya masuk matrik, siapa tak nak kan? Yang masuk matrik tu antara yang terpilih dan selalunya yang pandai-pandai je (orang cakaplah). Memang aku lupa terus pasal UPU. Seminggu lepas keluar result matrik, aku dah siap print semua dokumen pasal matrik, dari surat tawaran sampai buku panduan (buku tu tebal gila tapi aku still print, sebab semangat, kot-kot apa jadi boleh rujuk balik dlm panduan tu). Oh yes, my girls also dapat matrik, satu geng kami dapat matrik.

#POOPIESSQUAD forever ~

This is Poopies Squad.
Ni masa kami lawat Taylor's University (2017)
(Aliah takde dalam gambar, tah mana dia pergi? Atau dia ke yang tangkap gambar ni? Hmm..)

Ada dalam sebulan jugak lah masa yang ada lepas keluar result matrik dengan hari lapor diri tu. So sebab banyak masa lagi, mak aku pun berajin rajin kan diri tanya kawan-kawan dia pasal pengalaman anak-anak diorang. Aku pun buatlah research pasal matrik ni dengan lebih mendalam. Part ni yang mula konflik. Anak-anak kawan-kawan mak aku ramai yang dapat matrik tapi sorang pun tak pergi 😂. Ada sorang tu pandai, dapat 8A (secara kasar), dapat matrik jugak tapi tak pergi, sebab tak berani ambil risiko. Bila aku dengar cerita mak aku, terus aku pikir banyak gila kali lagi, tambah lagi dengan tanya pendapat kawan-kawan aku dan buat research lagi. Dahtu, tambah pulak aku baru dapat tahu dari kawan-kawan yang subjek Maths kat sana serupa Add Maths. Yaaaaaay Add Maths aku dahla E, lepas sikit lulus je. Aku ingat lagi mak aku cakap "Adik, kalau Add Maths adik masa SPM haritu C, boleh lagi mak percaya adik boleh handle Maths tu kat matrik, sekarang ni Add Maths adik E tau. Boleh ke adik bawak subjek Maths tu nanti?" Aku amik masa lebih kurang seminggu untuk pikir masak-masak sama ada nak masuk matrik atau tunggu UPU. Dan by the way, tahun 2018 ni, result UPU keluar 21 Mei. Tarikh lapor diri matrikulasi 23 Mei. YAAAAAAY. Serabutlah kami. Aku ingat lagi kawan aku sorang tu yang stress over benda ni. Dia tak tahu nak masuk matrik atau nak tunggu UPU. Bila tanya dah buat keputusan ke belum. "AKU TAK TAHU, STRESSSS" 😂. Hahahah kesian.

Jadi, apa keputusan aku? Aku tunggu UPU. At that time aku terus lupakan matrik even 60% hati aku excited sangat nak belajar bidang sains kat matrik. Kot-kot ada peluang lagi nak jadi doktor macam cita-cita masa aku kecik dulu. Tapi, subjek Maths tu dah hancurkan harapan aku.

Bye matrikulasi ~

Tunggu punya tunggu hari check result UPU pun tiba. Dengan debarnya aku check, sebab aku tahu aku dah tak ada tempat nak pergi dah kalau aku tak dapat tawaran mana-mana UPU. Form 6 aku memang tak layak dah sebab aku dapat tawaran matrikulasi, matrikulasi pulak dah tolak tawaran, tinggal satu shot lagi.. UPU. Memanglah boleh buat rayuan, tapi tulah, mesti rasa tak semangat bila tak layak then mintak rayuan. Jadi aku personally doa sangat-sangat untuk jadi dalam kalangan yang dapat tawaran, bukan rayuan.

Lepas isi nombor kad pengenalan, aku tekan semak. Tetiba page tu crash ! Aku nervous gila sampai kena mini heart attack, ingatkan tak dapat tawaran. (Actually, tu mungkin sebab satu Malaysia check dalam masa yang sama, mana tak lambat page tu, tepat-tepat pukul 12 tengah hari kot aku check!). Refresh banyak kali pun crash lagi. Lepas tu, aku give up, lepas 30 mins baru aku check balik... dannnnnnnn.... YES AKU DAPAT TAWARAN!!!!

Friday, 15 June 2018

AN UPDATE AFTER SPM (Part 1)

Aloha Homo Sapiens! I am back! 

Sedih je tengok blog aku ni aku tinggalkan macam tu je. Honestly, aku bukannya dah hilang minat nak berblog, cuma aku tak banyak cerita nak diceritakan. Aku bukan kaki travel, aku tak pandai nak review produk, nak jadi food blogger pun tak boleh jugak sebab aku mahir makan sampai kenyang je, nak suggest that food kat orang, hahaha aku akan cakap " Woo makanan tu sedap, ko patut cuba!" "Sebab apa sedap? Hmm sebab makanan tu sedaplah!" Yep that's me.


Tapi bukan fasal tu yang aku nak cerita. Entri ni aku buat sebab sekarang ni mungkin INILAH masa-masa akhir aku dapat hidup senang lenang macam ni. Maksud aku, masa aku banyak sangat sekarang, maklumlah pelajar lepasan SPM kan? Hehe. Jadi, aku guna masa terluang yang banyak ni untuk update beberapa entri.

Sebut fasal pelajar lepasan SPM, ugh mesti orang selalu nak tahu resultnya kan? Hadoi. Well, aku tak boleh nak sembunyi dah. *Tarik nafas dalam-dalam* Okay here we go. Aku dapat 4A secara kasar. 1A 3A- 1B+1B 1C+ 1C 1D 1E. (E tu apa lagi, matematik tambahanlah) Aku bagitau keputusan aku dengan sangat detail ni bukan nak kata aku bangga dengan result aku, in fact aku malu sebenarnya sebab dulu UPSR 5A, PT3 8A, SPM? Hahaha kelaut! Tapi apa yang aku tahu, sekarang aku jadikan result SPM aku sebagai pembakar semangat untuk aku dapat pointer tinggi, kalau boleh 4 Flat terus untuk keseluruhan Diploma aku nanti. Buktikan bahawa 'Gagal sekali tak bermaksud gagal selamanya!'. InsyaAllah, Amin! 




Dalam result aku tu jugak ada hadirnya seketul A 'solid'. Cer teka subjek apa tu? Bahasa Malaysia? HAHAHAHA TAK! Jawapannya Prinsip Perakaunan! Tau tak yang lawaknya, selama aku belajar subjek Akaun, form 4 dan form 5, aku HANYA PERNAH LULUS AKAUN SEKALI JE DALAM BANYAK-BANYAK EXAM! Tu pun berapa, 44%! HAHAHAHA KESIAN. Tah apalah yang aku jawab masa SPM haritu :') Di kesempatan ini jugak aku nak ucap terima kasih banyak-banyak Cikgu Juliana sebab tak putus asa dengan anak muridmu yang bebal ini, jasamu akan ku kenang sampai bila-bila~

Selalunya lepasan SPM, lepas habis je SPM mesti ada yang buat kerja sambilan, hadir mana-mana kursus untuk tambah ilmu, tambah kemahiran.. Tapi aku tak. Ye, betul, aku tak buat apa-apa (Jangan contohi aku). Asalnya aku nak jugak rasa buat kerja sambilan, tapi.. tulah, takut tu lagi besar dari ego aku, aihh? Ye, aku tak berani, dan rasa tak sedia lagi nak masuk 'alam pekerjaan'. (Nasib mak tak halau aku keluar rumah hoho ~) Jadi, aku duduklah merput di rumah sampailah sekarang ni, sedang menaip blog dengan mata yang berat ya amat sebab dari sahur tadi tak tidur pun. Sebelum sahur tadi pun tak tidur, sebab apa? Sebab main game ~ (Please, jangan contohi aku)

Tapi takpe, aktiviti mereput di rumah aku ni akan berakhir 16 Julai nanti. Sebab apa? AKU AKAN SAMBUNG BELAJAR KAT UiTM WEHH!

Aku akan cerita lebih lanjut kat entri akan datang.
Mengantuk gila ni.

...

Babai, Homo Sapiens!

Random thoughts : Peristiwa Prinsip Perakaunan aku tu sebijik macam subjek Kemahiran Hidup aku dulu. Masa periksa biasa tak pernah dapat A, masa exam sebenar dapat A hoho ~

Tuesday, 27 June 2017

RAYA 2017

Raya tahun ni sungguh pudar bagi aku. Aku tak dapat sambut raya, even feeling raya pun tak ada. Sebab apa? Sebab aku adalah calon SPM 2017. 


Well saja nak cerita, SPM sekali je kan dalam hidup, jadi raya yang pudar ni sekali je lah kan? Bila lagi nak merasa kalau bukan sekarang.



Macam mana pudarnya raya aku kali ni? Pertama sekali, baju raya. Raya mesti tak seronok kalau tak ada baju baru nak dipakai pagi-pagi raya kan? Well, aku tak beli langsung. Selalunya aku memang malas nak beli baju raya, tapi tahun ni even mak aku tak kesah aku nak beli ke tidak. Dia tak cakap apa apa pun. Dan of course lah aku tak nak beli.



Kedua, aku tak dapat balik kampung. Tak dapat dan memang tak nak balik (complicated kan aku ni? Maap maap). Kalau balik pun tak ada sesiapa yang ada kat kampung. Atok aku pun duduk kat rumah kami at the moment. Jadi kat Kedah tu memang tak ada sesiapa lah. Tak balik pun dengan alasan nak buat ulang kaji.. Tapi macam tak manfaat pun hari aku kat sini.. Welp.


Ketiga, tak beraya kat rumah orang pun ~ Biasalah dengan social anxiety aku, dengan circle of friends aku yang sangat kecil, memang taklah kan? (Pastu merungut duit raya takde huh) Oops nanti dulu, aku bukannya jenis manusia yang pergi beraya kat rumah orang semata-mata nak duit dia okay. Kalau dulu-dulu aku beraya kat rumah orang pun sebab.. kawan-kawan paksa ikut. (LOL, duit raya tu bonus je. Orang memberi kita merasa, orang tak beri jangan terasa :P)

Yang terakhir.. ORANG LAIN BERAYA SAKAN AKU PULAK KENA BELAJAR?! Mana acikk :'( SiS TAk ReDha *hentak kaki*

Well, tu jelah aku rasa yang buat Raya 2017 aku pudar (sikit). Yang lain okay je. Mak aku masak rendang sedap dan banyak! Mohon jeles :P

Jumpa lagi di entri yang lain wahai Homo Sapiens!


Monday, 26 June 2017

AN UPDATE BEFORE SPM

I thought aging was fun. Well it's not. Believe me. Masa aku kecik dulu selalu fikir dah besar nak jadi apa, nak kerja apa, nak rumah macam mana, nak kereta apa.. Semua tu dulu. Sekarang ni aku dah 17 tahun. Welp. Haha baru teringat sekali lagi previous entry aku maybe dah cukup setahun? Maafkan saiyaa ~ sejak aku naik tingkatan 4 & 5 ni masa memang tak ada yang terluang langsung. Eh langsung tu tipulah tapi kalau ada pun, mesti sibuk buat kerja lain yang lebih 'berfaedah' macam main game ke (?). Lol. Kesannya aku tak ada masa nak update blog. Jangan risau, saya tak putus asa lagi nak jadi blogger walaupun pembaca blog saya ni habuk je ~


Apa-apa pun harini aku saja nak share pengalaman aku semasa 2 tahun sebelum habis sekolah. Ni habis yang betul-betul ye, aku dah taknak tengok sekolah tu dah lepas habis sekolah ni (eleh lepastu nanti rindu jugak ~) Kalau rindu pun, aku rindu kawan-kawan bukan sekolah eleh ~ Aku jugak akan rindu cikgu-cikgu supportive, caring, baik, penyabar yang pernah ajar aku macam Cikgu Juliana - cikgu subjek akaun aku, Cikgu Mariam - cikgu subjek Fizik dan juga guru kelas 5Science3. Oh tak lupa jugak Puan Ding, cikgu Add Maths dan Cikgu Ng, cikgu Maths aku. Waaa definitely aku akan rindu mereka T.T

Untuk Cikgu Juliana, cikgu, saya nampak usaha, ketekalan cikgu nak bagi saya faham Akaun, tapi saya ni yang bebal sangat ~ 
Saya mintak maaf dan terima kasih cikgu ~



Sumber :


Dah lama nak cakap macam tu kat cikgu, tapi segan ha ha.

Okay enough with those mushy mushy things. Tadi aku nak cerita kan pasal pengalaman naik tingkatan 4 & 5 ? Well. Masa aku form 4, aku dapat masuk kelas kedua kedua (4Science2) daripada 9 kelas. Tu pun sebab aku dapat 8As. Tapi tu lah kelas 4Sc2 tu penuh dengan pelajar dari kalangan yang bijak pandai dan semestinya cikgu anggap kami semua ni otaknya bijaksana bijaksini. But not me. Sejak aku naik form 4 tahun 2016, aku rasa subjek-subjeknya sangat susah, dengan Add Maths nya dengan Fizik, Kimia, Biologi nya, tambah lagi dengan Prinsip Perakaunan.. Tambahan pula, cikgu mengajar dengan sangat laju macam speed train dengan harapan cepat habis syllabus then boleh buat revision. Fuhh teruk aku tahun tu, asyik dapat nombor 30 keatas dan dalam kelas tu ada 34 orang, dan result asyik failed je, kau ghase?



Benar lagi membenarkan (T^T)
Ni lah keadaan aku sekarang.

Dengan itu, pada tahun 2017 saya mengisytiharkan saya turun ke kelas ke-3 buat PERTAMA KALINYA dalam sejarah persekolahan saya ~ That's right, aku tak pernah turun kelas ketiga sejak aku mula sekolah dari darjah satu! Bukan nak perlekeh rakyat-rakyat pelajar yang setia duduk kelas ketiga, tapi ini pencapaian personal aku. Walaupun aku sedih aku turun kelas, tapi tak mengapa, Allah kurniakan aku kawan-kawan yang sangat membantu jadi classmates aku. Bersyukur.

SEE YA NEXT TIME, homo sapiens !


Random thoughts : Well aku dah Form 5, baru terperasan entri aku kali ni agak panjang sikit dari entri-entri sebelum ni. Matured kate ko ~

Tuesday, 15 March 2016

LIFELESS

So inilah pengakhiran cerita yang juga merupakan permulaan hidup aku. Aku tak dapat mana2 sekolah asrama or MRSM, masih di ACS. Sayang betul aku dengan ACS ni. Muah muah -_-. Tapi takpalah asalkan ada lagi sekolah dari yang takda sekolah (kene buang). 

Aku tak rasa tahun ni aku dapat relax. Memang tak dapat relax. Sebab apa? Sebab add maths. AKU TAK PAHAM APA2 WEI !! Hmmmm takda sapa ke bolah ajar aku sampai aku faham? Aku tak faham kenapa kena substitute sana substitute ke function sini. Apa yang mampu aku cakap. KENAPA? Tapi tak da siapa pun boleh cerita kat aku T_T .. Mmmmmm... Aku dah cuba sedaya upaya nak faham kan benda2, tu tapi failed jugak. Masa buat homework add maths aku menangis kot sbb tak dapat jawab satu pun. Masa periksa awal tahun lagi lah, aku dapat ... Ehemm.. Failed. Aku mampu gelak kat diri aku je. Sejujurnya aku tak pernah dapat result failed dalam mana2 peperiksaan or ujian SEJAK AKU MULA SEKOLAH. TAK PERNAH KOT. Kiranya 2016 ni cipta sejarah untuk aku. Sekarang ni baru je belajar 3 tajuk dah hncur lebur.. Mid term test nnti entah macam mana rupa result aku. Tolong aku. T_T

Maaflah aku emotional sikit. I really need someone to help me.

Friday, 1 January 2016

2016 ?

Last published on Jul 8, 2015
Kalau baby kucing lahir tarikh ni, sekarang dah boleh jalan dah and dah gemuk gedempol dah.

Saya mulakan entri pertma 2016 ini dengan Assalamualaikum, dan saya mahu minta maaf terutama pada diri saya, blog saya, dan pembaca blog saya (kalau ada lah) kerana dah lama sangat tak update. Maklumlah, teman dok mengabihkan mase memikiorkan pase PT3.

- 1/1/2016 -

Sebut fasal tahun baru, mesti orang selalu cakap fasal azam tahun baru kan? Tapi bagi aku, aku tak pernah nak ada azam. Tak elok tau kalau tak ada azam ni, bagaikan orang tu tak nak move on. NEVER. Hahahaha. Aku ada azam.. tapi.. azam aku sama saja setiap tahun, nak belajar elok elok, harap2 lah. Dan nak jadi doktor. Atau lebih specific lagi SURGEON. Dua tu saja. TAK PERNAH BERUBAH.

2016, sekarang aku dah 16 tahun. But not officially 16. Birthday aku sama dengan Chrystian Linares *bangga jap* hahahaha. Bila dah masuk Form 4, macam2 lah, add maths, physics, chemistry.. Argh baru type kat sini dah pening.

Chrystian Linares ^-^
Wheeee ~

Sekarang sebut fasal sekolah asrama pulak. Aku bersyukur aku dapat 8As untuk PT3. Disebabkan aku dapat 8As, peluang untuk aku dapat ke MRSM agak cerah, dan disebabkan itulah aku dah pening, tak tau nak beli kasut sekolah putih (sekolah biasa) or hitam (MRSM) sebabnya aku tak dapat reply lagi dari pihak MRSM. Hummmm.. serba salah jadinya.

Pasal kasut pun nak bising. LOL.

Wednesday, 3 June 2015

CHATTING WITH SOME WEIRDOS ( part 3 )

Ini sambungan entri yang lalu. Kes terakhir, dan kes ini kes yang paling I suka. Jenis jenis manusia yang berani. Berani untuk apa? Berani untuk guna bahasa asing walaupun dia sendiri tahu dia taklah fasih berbahasa asing. Ini bukan satu penghinaan cuma peringatan agar jangan sesekali berani hentam sahaja apabila berbahasa asing. Terutama dengan orang asing. Nanti risau disalah anggap.. disalah faham? Kan susah nanti.

Kiralah berapa banyak perkataan ' bahasa ' dan ' asing ' dalam perenggan di atas :3

Stranger : Hi
Me : * macam ok je orang ni? * Hi
Stranger : My name is _______
Me : Urm ok.. I'm Aifaa.
Stranger : How much your age?
Me : * Huh?? LOL * Ermm .. CORRECTION : How old are you ? .. I'm 15.
Stranger : Hihihihihi sry. Will you talk with me ?
Me : * typing with an awkward face * Urm.. I am talking to you..
Stranger : Hihihihihi k.. U pic. In profile picture, u r pic? That is u ?
Me : Yeah.. LoL. BETTER SENTENCES : That picture in your profile picture. Is that you ? And by the way, I am not a picture :) hahahaha

* cepat cepat block dia *

I should open a free English Chatting Tuition Centre. Anyone interested ?
* Sighhh... *

CHATTING WITH SOME WEIRDOS ( part 2 )

Marilah kita kotakan janji dan marilah kita sambung bercerita tentang WeChat weirdos. Kalau dulu kita bercerita fasal penggunaan short forms yang tak berpatutan, manusia berbahasa alien, sekarang I nak cerita tentang yang tiada modal soalan.

Yang tiada soalan untuk mengurat ( ngeh perasan aku ni )
Contohnya :

- DAY 1 -

Stranger : Slm. Hi.
Me : Waalaikumussalam. Hi.
Stranger : Wat pe tu?
Me : takda pape.
Stranger : Da mkn blum?
Me : Dah..

- END OF CONVERSATION -

- DAY 2 -

Stranger : Hai wak.
Me : Hi.
Stranger : Wk wat pe tu?
Me : * ura ura menyampah dah keluar * Tak buat pape.
Stranger :  Da mkn?
Me : * malas nak jawab banyak banyak * Dah.

- END OF CONVERSATION -

- DAY 3 -

Tetap dengan soalan yang MASIH SAMA .. Tetapi soalan pertama ditambahnya.

Stranger : Slm. Wak kat ne?????
Me : * eh perlu tahu ke? Macamlah kau ni suami aku sampai nak tahu aku kat mana? Nak je jawab dalam jamban -..- * Kat rumah.
Stranger : Iye ke? Wat pe skrng? Dh makan?
Me : * eh caring pulak dia ni * Dah.. ( soalan last je yang I jawab ) 

I rasa I cuma hidup untuk makan dan tak buat apa-apa je. LOL.

- DAY 4 -

* I dah block dia wahahhahaha *

NOTE : Come on orang Melayu. Be more CREATIVE.