Monday, 26 June 2017

AN UPDATE BEFORE SPM

I thought aging was fun. Well it's not. Believe me. Masa aku kecik dulu selalu fikir dah besar nak jadi apa, nak kerja apa, nak rumah macam mana, nak kereta apa.. Semua tu dulu. Sekarang ni aku dah 17 tahun. Welp. Haha baru teringat sekali lagi previous entry aku maybe dah cukup setahun? Maafkan saiyaa ~ sejak aku naik tingkatan 4 & 5 ni masa memang tak ada yang terluang langsung. Eh langsung tu tipulah tapi kalau ada pun, mesti sibuk buat kerja lain yang lebih 'berfaedah' macam main game ke (?). Lol. Kesannya aku tak ada masa nak update blog. Jangan risau, saya tak putus asa lagi nak jadi blogger walaupun pembaca blog saya ni habuk je ~


Apa-apa pun harini aku saja nak share pengalaman aku semasa 2 tahun sebelum habis sekolah. Ni habis yang betul-betul ye, aku dah taknak tengok sekolah tu dah lepas habis sekolah ni (eleh lepastu nanti rindu jugak ~) Kalau rindu pun, aku rindu kawan-kawan bukan sekolah eleh ~ Aku jugak akan rindu cikgu-cikgu supportive, caring, baik, penyabar yang pernah ajar aku macam Cikgu Juliana - cikgu subjek akaun aku, Cikgu Mariam - cikgu subjek Fizik dan juga guru kelas 5Science3. Oh tak lupa jugak Puan Ding, cikgu Add Maths dan Cikgu Ng, cikgu Maths aku. Waaa definitely aku akan rindu mereka T.T

Untuk Cikgu Juliana, cikgu, saya nampak usaha, ketekalan cikgu nak bagi saya faham Akaun, tapi saya ni yang bebal sangat ~ 
Saya mintak maaf dan terima kasih cikgu ~



Sumber :


Dah lama nak cakap macam tu kat cikgu, tapi segan ha ha.

Okay enough with those mushy mushy things. Tadi aku nak cerita kan pasal pengalaman naik tingkatan 4 & 5 ? Well. Masa aku form 4, aku dapat masuk kelas kedua kedua (4Science2) daripada 9 kelas. Tu pun sebab aku dapat 8As. Tapi tu lah kelas 4Sc2 tu penuh dengan pelajar dari kalangan yang bijak pandai dan semestinya cikgu anggap kami semua ni otaknya bijaksana bijaksini. But not me. Sejak aku naik form 4 tahun 2016, aku rasa subjek-subjeknya sangat susah, dengan Add Maths nya dengan Fizik, Kimia, Biologi nya, tambah lagi dengan Prinsip Perakaunan.. Tambahan pula, cikgu mengajar dengan sangat laju macam speed train dengan harapan cepat habis syllabus then boleh buat revision. Fuhh teruk aku tahun tu, asyik dapat nombor 30 keatas dan dalam kelas tu ada 34 orang, dan result asyik failed je, kau ghase?



Benar lagi membenarkan (T^T)
Ni lah keadaan aku sekarang.

Dengan itu, pada tahun 2017 saya mengisytiharkan saya turun ke kelas ke-3 buat PERTAMA KALINYA dalam sejarah persekolahan saya ~ That's right, aku tak pernah turun kelas ketiga sejak aku mula sekolah dari darjah satu! Bukan nak perlekeh rakyat-rakyat pelajar yang setia duduk kelas ketiga, tapi ini pencapaian personal aku. Walaupun aku sedih aku turun kelas, tapi tak mengapa, Allah kurniakan aku kawan-kawan yang sangat membantu jadi classmates aku. Bersyukur.

SEE YA NEXT TIME, homo sapiens !


Random thoughts : Well aku dah Form 5, baru terperasan entri aku kali ni agak panjang sikit dari entri-entri sebelum ni. Matured kate ko ~

No comments: