Tuesday, 15 March 2016

LIFELESS

So inilah pengakhiran cerita yang juga merupakan permulaan hidup aku. Aku tak dapat mana2 sekolah asrama or MRSM, masih di ACS. Sayang betul aku dengan ACS ni. Muah muah -_-. Tapi takpalah asalkan ada lagi sekolah dari yang takda sekolah (kene buang). 

Aku tak rasa tahun ni aku dapat relax. Memang tak dapat relax. Sebab apa? Sebab add maths. AKU TAK PAHAM APA2 WEI !! Hmmmm takda sapa ke bolah ajar aku sampai aku faham? Aku tak faham kenapa kena substitute sana substitute ke function sini. Apa yang mampu aku cakap. KENAPA? Tapi tak da siapa pun boleh cerita kat aku T_T .. Mmmmmm... Aku dah cuba sedaya upaya nak faham kan benda2, tu tapi failed jugak. Masa buat homework add maths aku menangis kot sbb tak dapat jawab satu pun. Masa periksa awal tahun lagi lah, aku dapat ... Ehemm.. Failed. Aku mampu gelak kat diri aku je. Sejujurnya aku tak pernah dapat result failed dalam mana2 peperiksaan or ujian SEJAK AKU MULA SEKOLAH. TAK PERNAH KOT. Kiranya 2016 ni cipta sejarah untuk aku. Sekarang ni baru je belajar 3 tajuk dah hncur lebur.. Mid term test nnti entah macam mana rupa result aku. Tolong aku. T_T

Maaflah aku emotional sikit. I really need someone to help me.

Friday, 1 January 2016

2016 ?

Last published on Jul 8, 2015
Kalau baby kucing lahir tarikh ni, sekarang dah boleh jalan dah and dah gemuk gedempol dah.

Saya mulakan entri pertma 2016 ini dengan Assalamualaikum, dan saya mahu minta maaf terutama pada diri saya, blog saya, dan pembaca blog saya (kalau ada lah) kerana dah lama sangat tak update. Maklumlah, teman dok mengabihkan mase memikiorkan pase PT3.

- 1/1/2016 -

Sebut fasal tahun baru, mesti orang selalu cakap fasal azam tahun baru kan? Tapi bagi aku, aku tak pernah nak ada azam. Tak elok tau kalau tak ada azam ni, bagaikan orang tu tak nak move on. NEVER. Hahahaha. Aku ada azam.. tapi.. azam aku sama saja setiap tahun, nak belajar elok elok, harap2 lah. Dan nak jadi doktor. Atau lebih specific lagi SURGEON. Dua tu saja. TAK PERNAH BERUBAH.

2016, sekarang aku dah 16 tahun. But not officially 16. Birthday aku sama dengan Chrystian Linares *bangga jap* hahahaha. Bila dah masuk Form 4, macam2 lah, add maths, physics, chemistry.. Argh baru type kat sini dah pening.

Chrystian Linares ^-^
Wheeee ~

Sekarang sebut fasal sekolah asrama pulak. Aku bersyukur aku dapat 8As untuk PT3. Disebabkan aku dapat 8As, peluang untuk aku dapat ke MRSM agak cerah, dan disebabkan itulah aku dah pening, tak tau nak beli kasut sekolah putih (sekolah biasa) or hitam (MRSM) sebabnya aku tak dapat reply lagi dari pihak MRSM. Hummmm.. serba salah jadinya.

Pasal kasut pun nak bising. LOL.