Tuesday, 12 March 2019

UiTM SERI ISKANDAR


    Assalamualaikum, salam sejahtera, salam WOW! PERAK PANAS. Hahaha. Gurau jek. Dah lama tak update blog. Maaflah, sis sibuk dengan hal uni. Memandangkan harini kelas ELC151 blended learning, lepas siap submit blended learning, terus sis bukak blog. Sambil menyelam, minum air. Alang alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Haa gitchuw.

    Seperti yang pembaca (wujud ke?) sudah sedia maklum, sis dah sambung belajar di UiTM Seri Iskandar dalam bidang Diploma in Building @ Diploma Bangunan. Sis tak akan cerita pasa kos sis sebab sis baru masuk sem 2 kat sini. Banyak lagi yang sis perlu belajar. Jadi jika anda berada disini atas sebab word search, word tag 'Diploma in Building' ataupun 'Diploma Bangunan' dengan harapan entri ni akan cerita serba sedikit pasal kos ini, anda patut berhenti baca entri ini sekarang dan pergi ke link ini untuk makluman lanjut pasal kos Bangunan ye sayang sayang.

    Berbalik kepada sis hidup di UiTM Seri Iskandar. Sekarang ni sis belum setahun pun menuntut ilmu kat UiTM Seri Iskandar ni tapi dah mula semester 2, cepat betul masa berlalu. Banyak lah sis aku, fake sungguh. Aku boleh ingat lagi first day aku datang sini. "Istighfar Aifaa, Istighfar banyak banyak!" HAHAHA! Orang normal lain mungkin first thought dia bila jejak kaki di Uni, "Wah, aku dah jadi pelajar Universiti!". Well, nope. Aku nervous tahap gaban masa tu, apa yang mampu aku buat, aku istigfar je. Aku mula bayang pasal, hidup baru, jaga diri sendiri, cari kawan baru, banyak interaksi dengan manusia, berdikari, pelajaran baru, roommate, duit, PTPTN, lecturer, kelas, kunci pintu, bilik, asrama, tandas, kucing bla bla bla. Ah banyak benda gila lah yang aku pikir. Anxiety pun datang ketuk pintu. Aku nervous sangat nasib tak pitam je. Alhamdulillah, tak pitam pun. Hari pertama aku banyak involving mendaftar sana sini. It went well. Hari itu jugaklah aku kenal dengan roommate aku. Aww. Nama dia Aisyah Salleh. Mula mula dulu panggil Aisyah. Dah lama sikit, makin rapat, panggil Ecah. Sudahnya sekarang panggil Cakleh. Stands for Aisyah Salleh. Hahaha. Maka kami pun hidup sebagai roommate selama 1 semester.




    Itu kehidupan luar kelas. Kehidupan dalam kelas. Selepas hari pertama habis, mulalah kami dengan sesi MDS iaitu Minggu Destini Siswa. "Apa benda ni, nama Minggu Destini Siswa tapi siswi pun kena ikut!" Heh. I'll never get tired hearing that because I find it's funneh. MDS aku dipenuhi dengan larian sana sini sambil berpakaian baju kurung, berseluar trek didalamnya, serta berkasut sukan. Damn. Stylish baq hang! Boleh banyang keadaan tu macam mana? Siswa, berbaju kemeja, memakai tie, berseluar slack dan berkasut sukan. Paling kurang siswa pakai seluar. Siswi ni berkain. Berkain dan berlari bukanlah benda yang sesuai digandingkan bersama. Oh lupa pula. MDS kami juga disulami dengan laungan, jeritan, pekikan kakak dan abang OC berbunyi "PANTAS SISWA, PANTAS SISWI!" Sampai sekarang aku ingat lagi intonasi dan suara kakak OC sorang tu. Sekali bersuara, automatik kau terus angkat kain kau dan mula lari. HAH. Aku juga tak nak cerita detail sangat pasal MDS ni sebab banyak kenangan manis untuk dikenang sekarang tapi sangatlah pahit masa tengah laluinya. Jadi aku tak nak cuba ingat detail sangat. Yang aku ingat, semasa MDS itulah kali pertama dalam hidup aku, aku solat Subuh sambil tidur sebab lebih 24 jam kami tak tidur. Setakat itulah yang aku boleh bagi bayangan kepenatan kami hadapi MDS. Untuk makluman lebih lanjut pasal MDS boleh pergi ke link ini. Walaupun itu entri 2014, kami masa 2018 masih buat benda yang sama. Pergilah baca.

    Selepas habis MDS, kami sambung bulan Interim. Tujuan sebenar Interim tu aku tidak pasti, tapi dengar cerita Interim tu untuk menguji kemahiran belajar pelajar. Sebulan tu kami belajar 'cara untuk belajar'. Kiranya macam nak biasakan pelajar dengan suasana pembelajaran di universiti. Pelajar kena lulus subjek tu kalau tak, tak boleh mula semester 1. (Itu yang aku dengarlah, kesahihannya sampai sudah saya tidak tahu menahu). Best jugaklah Interim ni. Kelas aku nama dia AiTM61. Di situlah aku kenal Fatin, kawan rapat semasa Interim. Sekarang ni kami dah tidak sekelas, jadi kami susah untuk berjumpa. Tapi kalau terserempak, masih lagi bertegur sapa.

    Kemudian, habis Interim kami pun diberi kelas masing-masing. Kelas aku nama dia 1C. Okay lah nanti aku sambung lagi serita kalau ada masa dan ruang dan peluang. Bye!

Random thoughts : Nampak tak Epa dah pandai justify? Mungkin Epa makin dewasa?

No comments: