Wednesday, 31 December 2014

TOP 10 : AZAM TAHUN BARU 2015 !


2015 is coming. Buat masa sekarang ni, saya memang tak ada mood nak buat entri. Tapi saya gagahkan diri juga untuk menaip.

So, saya hanya nak senaraiakan TOP 10 Azam tahun baru saya :)

  1. Saya berazam akan lebih rajin dalam mengerjakan ibadah terutama sembahyang. (taknak sembahyang lewat waktu lagi)
  2. Saya berazam akan belajar bersungguh-sungguh bagi menghadapi Pt3 di tahun hadapan.
  3. Saya berazam akan mengawal emosi marah saya dengan lebih baik.
  4. Saya berazam akan berusaha mengikuti semua latihan sukan rumah Tai Swee Kee (kuning) dengan sedaya upaya tanpa ponteng tiada alasan.
  5. Saya berazam akan lupakan semua perkara remeh-temeh yang boleh mengganggu pelajaran.
  6. Saya berazam akan kurangkan bersosial.
  7. Saya berazam akan menyipakan semua kerja sekolah pada hari yang sama.
  8. Saya berazam akan membuat karangan tanpa minta isi-isi penting dari kawan-kawan.
  9. Saya berazam akan belanja hanya seringgit di sekolah.
  10. Saya berazam akan cuba belajar petik gitar sendiri tanpa ke kelas tusyen.
Apa azam korang pula? :)

Oh ya, sebelum terlupa.


Sebagai Islam, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah dan Doa. Semoga ahli keluarga yang ditimpa musibah tabah menghadapi dugaan. Marilah kita bersatu dalam mendoakan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Salam Takziah dari NuFa sekeluarga.



Tuesday, 30 December 2014

TUTORIAL : CARA LETAK LINK DALAM ENTRI.

Hai. Assalamualaikum. Skarang saya nak buat tutorial sikit. How to add link atau cara letak link dalam entri korang. Seperti biasalah Log In > Dashboard. Lagi sekali saya nak tekankan *taip dengan bersungguh-sungguh*. Ini DASHBOARD!


Okay sesudah itu, klik ini :


Menjelmalah ini :


Dan ini apa yang korang nak buat : (contoh sahaja)


Persoalannya : Bagaimana nak buat macam tu? Okay, saya ambil contoh yang FB tu. Mula-mula taip ayat yang korang nak sumbatkan link tu seperti biasa :


Nampak kan perbezaan warna nama saya tu? Yang sudah disumbatkan link berwarna ungu, dan yang biasa berwarna hitam. Okay, marilah kita sumbatkan link dalam perkataan AIFAA AMIR tu :B. Mulakan sesi menyumbat dengan highlite perkataan yang anda mahu sumbatkan link ke dalamnya. Seperti contoh, perkataan AIFAA AMIR tu. Sesudah itu, copy perkataan tu. Yang saya selalu guna Ctrl+C. Mungkin korang suka guna button Mouse 2. Terpulanglah.. Seterusnya :


Ini yang akan keluar :


1. Yang perkataan sudah di copy tadi paste di bahagian ' Text to display '. Ini untuk kemaskan entri korang. Tak lah penuh http://bla bla nanti. Pembaca korang pun tak lah pening membacanya.

2. Paste link dari website yang korang nak pembaca korang tuju. Kalau ikut contoh, saya nak pembaca saya ke FB saya. Jadi copy link FB saya dan paste disitu.

3. Yang saya minta korang tick tu untuk memudahkan pembaca korang. ' Open this link in a new window ' ataupun buka link ini di window ( tingkap? ) yang baru. Ini juga bertujuan untuk mengelakkan pembaca korang meninggalkan blog korang. Kalau pembaca korang buka link tu, dan disitu jugaklah link itu terbuka, sian lah pembaca korang nak cari balik blog korang, baca semula. Lambat kan? So, mudahkan pembaca anda.


Siap dah? Dah isi semua? Anda dibenarkan klik 'OK'. Hehe

Perkataan AIFAA AMIR tu akan jadi macam ni :) 


Okay dah siap !!! Hampir sejam setengah saya ambil masa buat entri ini. Fuhh penat *menggeliat*. Nak tengok hasil dia tak?? Hehe

Ini Facebook saya : Aifaa Amir

Macam ada udang disebalik mee je?Nak promot FB kau ye Che Paa? Tak lah.. saya ikhlas nak tolong newbies, kerana saya pun masih newbie :)

Monday, 29 December 2014

SOME OF MY CHIBI BOOMZ CHARACTER.

Hi. Okay, minggu ni ialah minggu akhir saya update blog boleh dikira setiap hari kerana minggu depan saya sudah bersekolah. Mungkin update blog pun seminggu sekali. Dan tahun depan saya telah menjadi salah satu daripada candidate Pt3. Betul ke cuti sekolah tambah seminggu lagi? I don't know.

Harini saya tak ada benda nak cerita. Jadi, saya nak letak gambar chibi character yang saya buat sendiri dari game Facebook : MMOG Boomz BM.

Here we go.








Yang ini memang fabulous *shining eyes*






Yang ini pernah jadi profile picture FB saya :D




Aww.. Those eyes *-*




Comel je six pack dia.




Those eyes again *-*


Cool je dia dengan katak tu.


*whistling around*




Ini baru sikit je. Saya dah buat over a hundred. Eleh, nak berlagak lah tu -_-. Tak lah saja nak share benda kebudakkan macam ni :B

RandomPop : Salahkah jika perempuan jadi gamers? Saya minat/suka sangat game. Terutama GTA. Nak GTA 5 T_T

Friday, 26 December 2014

APAKAH MAKSUD GLITTERATI DI NUFFNANG?


Guess what ?? Saya dah dapat status glitterati dari Nuffnang !! Baru dapat semalam dan ia membuatkan saya sukar untuk tidur. Biasalah, newbie topiknya sebesar kutu, digempar-gempur rupe sebesar kapal Titanic. Ok perbandingan tu melampau (hiperbola).

" Eleh, what's so great about that status?? " Mungkin bagi kamu kecil tapi bagi saya besar kerana saya nak cuba buat duit dari berbelog. Al maklum, saya masih kecik nak kerja tak boleh. Ini je lah yang boleh. Terima kasih Nuffnang kerana terima saya untuk join anda :)

So, apa benda Nuffnang tu dan apa ' status glitterati 'tu?? Okay let's get started. 

Apakah Nuffnang?
Nuffnang adalah sebuah syarikat pengiklanan Internet di Malaysia. Nuffnang menawarkan perkhimatan menyewa tempat iklan di blog-blog kita(Kita ini dinamakan publisher). Nuffnang akan meletakkan iklan mereka di blog kita dan kita akan mendapat duit sekiranya visitor blog kita klik pada iklan berkenaan.(penjelasan secara basic)
Adakah Kena Bayar Untuk Join Nuffnang?
Tidak, korang tidak perlu membayar apa-apa pun untuk menyertai Nuffnang ini. Ini kerana mereka menggunakan khimat kita untuk mempromosikan iklan mereka,jadi mereka harus berikan duit kepada kita bukannya kita yang bagi duit kepada mereka. Boleh dikatakan kita ini adalah promoter bagi syarikat Nuffnang. Kerja yang perlu kita buat adalah mempromosi iklan Nuffnang di blog kita.
Adakah Nuffnang Memerlukan Akaun Bank Untuk Mendaftar?
Tidak. Ini kerana setelah duit simpanan anda mencukupi RM50,Nuffnang akan menghantar cek ke rumah anda. Selepas menerima cek berkenaan bolehlah anda masukkan duit berkenaan ke akaun bank anda sendiri.

Untuk maklumat lanjut sila klik SINI bagi sesiapa yang mahu tips, pengetahuan tentang Nuffnang dan cara membuat duit dengan Nuffnang.
Credit to Amir Bat
Sambung soalan tadi. What's so great about that glitterati ?? Answer me ! Haha ok sabar-sabar. Sebenarnya, Nuffnang glitterati tu bermaksud Nuffnanger Eksklusif.
Apakah Nuffnanger Eksklusif?

"Nuffnanger Eksklusif” merujuk kepada ahli blogger Nuffnang yang TIDAK mempunyai sebarang bentuk pengiklanan di dalam blog berdaftar mereka, sama ada melalui unit iklan, kenyataan atau pun pautan kepada mana-mana rangkaian pengiklanan yang berasal dari Asia Timur Selatan atau rangkaian pengiklanan lain yang dianggap sebagai pesaing oleh pihak Nuffnang.

Bagaimana untuk mendapat status glitterati ni?
Anda akan didaftarkan sebagai ahli Glitterati Nuffnang secara automatik sekiranya kesemua blog berdaftar anda tidak mempunyai sebarang bentuk pengiklanan sama ada melalui unit iklan, kenyataan atau pautan daripada mana-mana rangkaian pengiklanan dari Asia Timur Selatan atau rangkaian pesaing Nuffnang. Sistem kami akan mendaftar anda sebagai ahli Glitterati secara automatik dalam tempoh 4 hari.

Sekiranya sistem kami dapat mengesan mana-mana blog berdaftar anda mempunyai sebarang iklan atau pautan yang menghubungkan kepada rangkaian pesaing Nuffnang, status keahlian Glitterati anda akan disingkirkan dalam tempoh 4 hari.

Apakah kelebihan untuk yang berstatus glitterati?

1. Kadar pembayaran bagi kedua-dua kos per pengunjung unik dan kos per klik.

Untuk yang mempunyai status glitterati (exclusive) kadar untuk kos per klik adalah 0.25 manakala untuk yang ordinary (non exclusive) hanya 0.15 per klik. Banyak beza tau kat situ. Ahli Glitterati Nuffnang akan memperolehi 20% - 40% lebih banyak pendapatan berbanding ahli biasa.

2. Terma Pembayaran

Bila kita cash out duit kepada yang berstatus glitterati hanya mengambil masa 30 hari untuk mendapat cek daripada nuffnang yang ordinary mengambil masa 60 hari.


3. Peluang Advertorial

Sebelum ini, peluang kempen advertorial adalah terbuka kepada semua ahli Nuffnanger. Namun disebabkan permintaan yang tinggi dan demi untuk memendekkan senarai blogger yang layak, kini hanya ahli Nuffnang Glitterati yang boleh menyertai kempen advertorial.

4. Aktiviti Komuniti

Nuffnang sudah tidak asing lagi dalam menganjurkan aktiviti komuniti besar-besaran seperti tayangan wayang primier, perjumpaan makan tengahari dan banyak lagi. Dalam aktiviti sebegini, kami mendapati ramai ahli Nuffnanger yang ingin membawa tetamu bersama mereka dan kami juga turut cuba menuruti hasrat mereka dengan sebaik mungkin.

Kami memberikan kuota 70% tempat duduk di setiap aktiviti kami kepada ahli Glitterati Nuffnang serta tetamu mereka.*mendapat layanan yang istimewa*

5. Peraduan

Memberikan prioriti kepada ahli Glitterati Nuffnang dengan kuota hadiah sebanyak 70% dan 30% selebihnya diberikan kepada ahli Nuffnanger yang lain.

6. Innit



Apa benda pula innit ni? Innit merupakan laman web yang dibina dan diberikan oleh Nuffnang sebagai perkhidmatan tambahan untuk menarik bilangan trafik ke mana-mana blog yang berdaftar di bawah Nuffnang. Namun begitu, ia hanya di khaskan kepada ahli Glitterati Nuffnang demi mengelakkan trafik kepada mana-mana rangkaian pengiklanan pesaing kami secara tidak langsung.


Marilah kita join Nuffnang beramai-ramai :D

Full credit to Nuffnang and Next Step :)



Wednesday, 24 December 2014

HIMPUNAN PANTANG LARANG ORANG MELAYU BESERTA MAKSUDNYA.

Kita dibesarkan dengan bermacam-macam adat dan pantang-larang. Haha bajet saja start entri dengan ayat bosan macam nak buat karangan untuk UPSR LOL. Ada banyak pantang larang orang melayu kan? Jadi, jom saya kongsikan beberapa pantang larang orang melayu dan pendapat saya tentang pantang itu :)

Tidak boleh lalu bawah kain jemuran atau ampaian.
Kenapa : nanti pening kepala dan sakit kepala.
Sebenarnya : takut kain jumuran jatuh. Dahlah jatuh, kot-kot terpijak pula, satu hal nak cuci semula.


Tidak boleh makan berpindah tempat.

Kenapa : takut kahwin ramai.
Sebenarnya : dah satu tempat makan bersepah. Nak sepahkan tampat lain pulak ke? Dahtu malas nak kemas pula.


Anak gadis tidak boleh duduk di tangga rumah atau pintu depan rumah.

Kenapa : takut lambat jodoh.
Sebenarnya : payah orang lain nak lalu lalang. Dah nama pun anak gadis, kalau duduk mesti berangan sekali.


Tidak boleh meniarap sambil lipatkan kaki ke atas.

Kenapa : takut ayah atau ibu meninggal.
Sebenarnya : akan sakit dada dan kaki menjadi kebas. Tapi bagi saya, perlakuan macam tu agak kurang beradab. Terpulanglah..


Anak gadis tidak boleh menyanyi sewaktu memasak.

Kenapa : akan dapat suami tua.
Sebenarnya : takut masakan hangus dan semestinya tak sedap LOL. Saya terasa ._.



Lepas makan curah sedikit air minum dalam pinggan.

Kenapa : kononnya supaya tak kering rezeki.
Sebenarnya : supaya mudah nak basuh pinggan nanti. Tak lah orang yang membasuhnya nanti kena sental pinggan kita rupa macam main gitar pula.


Tak boleh bertindih pinggan semasa makan.

Kenapa : takut kahwin ramai.
Sebenarnya : Buat apa nak bertindih pinggn pula?? Satu tak cukup ke?


Bakal pengantin tak boleh berjumpa dalam seminggu sebelum kahwin.

Kenapa : nanti pendek jodoh. 
Sebenarnya : walhal nak menambahkan kerinduan antara pasangan pengantin. Deep ~ hahaha


Jangan berada di luar rumah atau masih bermain di waktu senja.

Kenapa : nanti disorok hantu. 
Sebenarnya : waktu solat maghrib kan singkat. Takut tak sempat nak solat. Lagipun, nak buat apa duduk kat luar rumah semasa senja? Nak tengok matahari terbenam ke?


Jangan bersiul waktu malam.

Kenapa : takut ular masuk rumah. 
Sebenarnya : suara siul sumbang. Ganggu orang nak tidur. Nak siul sangat, bangun awal dan join burung-burung pagi siul. Easy. Bersiul tu elok ke? Fikirkanlah..


Jangan bukak payung dalam rumah.

Kenapa : nanti ular masuk rumah.
Sebenarnya : Buat apa nak buka payng dalam rumah? Kalau ye pun nak cuba payung yang baru beli, perlukah di dalam rumah? Nanti tercucuk orang dalam rumah kan susah.

Jangan sapu sampah di malam hari.
Kenapa : takut rezeki kurang.
Sebenarnya : kan dulu-dulu tak ada lampu macam sekarang ni. Kalau sapu malam-malam, silap-silap tersapu duit ke? Subang emas yang hilang dua minggu yang lalu ke? Kan rugi.


Sumber : Google

Monday, 22 December 2014

NESCAFE ON THE GO.

Sejak saya kecil lagi saya sukakan Nescafe tetapi dihalang olah emak saya kerana emak kata Nescafe untuk orang tua haha. Dan sekarang dah tiada sesiapa yang boleh halang saya dari mencuba meminum Nescafe. Sejak dapat minum Nescafe saya sudah jatuh hati dengan Nescafe smoovlatte. Power !!! Sedap !


source : google


source : Facebook Nescafe On The Go

Ini saja yang saya dapat huraikan. Dan sekarang saya nak anda, anda dan anda untuk support Nescafe dengan sertai acara anjuran Nescafe. Bagi yang suka berselfie/bergambar inilah peluang anda untuk tunjukkan kehebatan korang dalam fotografi. Mula - mula like Facebook Nescafe On The Go. Sudah like? 

Di sana ada tiga tema. Smooth, Rich and Real. 

SMOOTHNESS : Anything that that makes you feel good about yourself, or the process you go through to get what you want.
Smoothness is pulling off something great, inspiring confidence, and being in control of yourself. ( apa apa sahaja yang membuatkan anda rasa hebat, apa yang anda lalui, menginspirasikan konfiden. Lebih kurang gitu lah )


RICHNESS : Art. Culture. Nature.Wisdom. Self-discovery. Investigation. Adventure.
What is it that adds value to your mind, experiences, and life? That is Richness. ( Seni, budaya, alam semula jadi, kebijaksanaan, penemuan diri? Penyiasatan, pengembaraan )


REAL COFFEEWhat is real?
Good times with family, fun times with friends. Something that is more tangible to you than anything; something priceless. ( Masa berharga bersama keluarga, keseronokkan bersama rakan sahabat, handai. Sesuatu yang tidak dapat dibandingkan dengan wang, duit. Sesuatu yang tidak ternilai )

So, tema yang mana anda, anda dan anda mahu sertakan?? Shhhh undian kita rahsia haha. Mana ada rahsia dalam acara ini.

How to join?

1. Take A Photo - with your family, friends, or of your precious moment. ( ambil gambar - bersama keluarga, kengkawan atau gambar dimasa berharga anda )

2. Hashtag - #NescafeCans and #Inspire. ( Hashtagkan, faham kan ? )

3. Add A Creative Caption - relating to either Smooth,Rich, or Real. ( sertakan caption yang kreatif - berkaitan salah satu dari 3 tema di atas )

4. Upload Photo To Social Media - via NESCAFÉ On The Go Facebook wall posts, comments, Twitter, or Instagram ( upload gambar tersebut di media sosial - melalui post ke wall Facebook NESCAFÉ On The Go, di comments, di Twitter, atau di Instagram, pilih lah salah satu )

Untuk maklumat lanjut pergi ke

Sunday, 21 December 2014

IDOLA SAYA.

Okay, selain daripada blog idol saya, Kak Hanis Zalikha yang pagi tadi memegang watak Elisha (entah betul atau tidak ejaannya) dalam telemovie Aku, Dia & c70 di TV 1, saya juga ada ART IDOL. Awat promote fan page Keknis? Alang alang membuat entri, biar promote FB sekali :3 .

Siapa art idol saya? Ini dia, Kak Julailah George atau nama lain beliau NINJALIGHT yang diperkenalkan kepada saya oleh Azfar (rakan seusia saya) di Facebook. Yang penting saya ada idol yang kenal saya sebagai fans (kipas) beliau :B. Sebenarnya kami mula berinteraksi semasa menyertai pertandingan cipta character suatu masa dahulu. Itu pun Azfar yang daftarkan saya dalam pertandingan tu. Dahlah saya NOOB, ditakdirkan pula berkumpulan dengan dua orang berdarah seni. Saya betul betul menyesal masuk pertandingan tu. Saya tak membantu langsung. Bukan malas, tapi.. Dah dah, Aifaa bawa kekesalan anda ke tempat lain.

Kenapa saya mengisytiharkan ( sampai terpakasa google untuk cari ejaan mengisytiharkan yang betul =_='' ) beliau sebagai idola saya?? Dah nama pun art idol, jadi lihatlah hasil lukisan tangan kak Julailah sendiri. Yes dengan tangan beliau sekali.



Okay, bagi sesiapa yang berminat sila hubung eh eh saya gurau saja. Ini bukan untuk dijual, kalau nak beli jugak, tanyalah tuan empunya badan sendiri di SINI. Add, add jangan tak add. Beliau berhak mendapat fans sendiri.


Ini lah Kak Julailah George. Cantik kan?? Okay, saya mengaku saya jeles. Dah jeles, kau pergi balik rumah. Yang lelaki, jangan nak menggatai pula. Berani ke nak menggatai dengan ninja?? Kalau korang tengok gambar di atas mesti dah tahu apa maksudnya kan? Jadi, beliau bukan orang sembaranganlah. Marilah kita jeles beramai-ramai. Nampaknya korang dah tak sabar nak lihat lukisan beliau yang lain. Okay. Ini antara lukisan Kak Julailah yang saya curi dari Facebook beliau sendiri. Janganlah korang curi balik dari blog ini ya.






Cute right??


Tak puas lagi? Nak lagi? You guys should go add her and follow her. I already did. Dan bagi pembaca yang minat akan art, atau masih newbie macam saya, atau mahu tukar-tukar tips melukis bolehlah bertegur sapa dengan Kak Julailah. Jangan risau beliau peramah. Okay sebelum saya akhiri entri ini, saya nak tempekkan short simple comic yang beliau buat dan saya sakit pipi setelah melihatnya :3.









Saturday, 20 December 2014

HOLIDAY MAK??? NO -_-

Itu lah short conversation saya dengan emak saya. Tak ada cuti keluarga (family holiday??) untuk tahun ini. Huhu. Okay, saya bosan. Keluarga korang macam mana pula? Banyak kawan-kawan saya yang dah pergi holiday sampai tak ingat jalan balik rumah. Okay, untuk entri kali ni, Aifaa nak share story-mory, kisah, rintangan, dugaan eh kau melampau. Ehehe mana ada sampai dugaan bagai. Saya nak ceritakan pengalaman saya semasa saya pergi sesetengah tempat bersama rombongan che kiah (rombongan dibawah sekolah) Bawah sekolah??

Urmm... Kita mula dengan Melaka. Bandar bersejarah dan juga pengeluar keychain besi yang terkenal di semenanjung tanah melayu. Ye ke kau ni? Itulah rombongan che kiah pertama saya. Umur saya masa tu 11 tahun. Dengan yuran 120 Ringgit Malaysia berserta makan dan tambang, berjayalah saya ke Melaka seorang diri tanpa ahli keluarga yang lain. 2 hari 1 malam, dan stay di hotel yang unik. YA YANG UNIK ! Faham-faham lah. Malas lah nak hurai panjang fasal first rombongan che kiah ni.


Lets move on to 12 tahun. Aifaa pergi I City. Best sangat. Pergi dengan keluarga best, tapi pergi dengan kengkawan lagi best ! Saya ke sana dengan 3 SAHABAT yang sama gila dengan saya ! Airin Sufia si GF Justin Bieber a.k.a Rokiah. Syakirah Anisya si tinggi lampai a.k.a Zubaidah. Amira Farhanah si cepat gelabah a.k.a Syamsiah. Kalau korang tengah baca ni jangan marah yea :B. Oops lupa, saya sendiri Nur Aifaa si potpet a.k.a Fatimah. (diorang panggil saya Fat??? What the fish?) Kamilah sahabat HOT di masa itu. Terkenal dengan kenakalan kami dari kelas ke-2 dinamakan Bestari. Okay, berbalik kepada I City. Bayaran masuk saya dah lupa. Semasa Snow Walk ehh ICE WALK kami dapat main AIS dalam tu bukannya salji. No such thing as," YAY SALJI TURUN DALAM I CITY !! " LOL. Kami main perang AIS, gelongsor AIS, bina orang AIS. Bukan orang sebanarnya tapi kubu kecil kerana AIS itu susah nak dibentuk. Dalam tempat tu ada banyak pondok-pondok kecli yang diperbuat dari AIS, Igloo kiut miut.




Awww, cute sangat. Guys kalau kata benda ni buruk, I should cucuk your mata !


Maybe, ini cute untuk guys.



source : google image

Disebabkan takut sejuk (takut sejuk??) sangat, kami siap beli sarung tangan setiap seorang. And guess what apa kami guna untuk slide phone bila kami mula nak snap snap? Tangan dalam sarung tangan, nak tanggal, sejuk. Jadi apa yang tinggal hidung dengan bibir je. Teruk bebenor rupanya bila slide phone guna bibir :B

Tiqah : Weh tolong jap snap gambar kami? Tapi macam mana nak slide phone ni? 
Me : * diam , tengah fikir *
Farah : Bibir ada, guna je la. Phone sendiri kan? :3
Me : Hidung pun ada :3
*Atiqah mencuba cadangan kami*
Mira : Pergh. Teruknya rupa Tiqah buat macam tu !! 
( Airin tak ada dalam conversation kami sebab dia masih lagi excited membina kubu AIS tu )

Rasa macam nak buat entri untuk rombongan che kiah ke I City lah. Nanti I buat. See you again.




Friday, 19 December 2014

TOP 5 : SAYA MAHU MEREKA DICIPTA dan BERIKAN KEPADA SAYA.

Ada tak tercipta kerusi komputer siap dengan seatbelt? Yang macam Kak Hanis Zalikha cerita dalam salah satu entri ini? Kerana saya fikir saya pun perlukan satu. I mean, semua rakyat Malaysia. Kenapa? Untuk elakkan dari mata terlalu rapat dengan skrin komputer. Ramai teenagers yang CEPAT rabun kerana gajet-gajet zaman kini. Eleh cakap macam dia tak buat jugak. Haha saya pun mula rabun masa saya darjah 6. Dan kini, rakan baik saya ialah karot ( lobak merah?? ). Saya rasa banyak benda yang perlu di upgrade kan kepada satu benda pelbagai kegunaan. UTC.. UTC.. Pusat pelbagai perkhidmatan.. Berkhidmat, untuk ..... Dah, dah stop stop.


Sebagai contoh yang saya nak sangat benda ini. Apa dia? Jam loceng berlari. Iya buk, jamnya bisa lari buk. Siap bisa berlari sambil berbunyi, buk. ( dahtu kalau berlari tapi tak ada bunyi useless jadinya ) Cuba bayangkan, di subuh hening. Anda masih tidur dengan nyenyak. Dan bila tiba pukul 6.00 pagi. KRINGGGGGGG !!! ~ bunyi jam loceng memecah keheningan pagi. Lima saat kemudian, jam itu pun mula mengangkat kaki dan lari keliling katil anda. LOL. Apalagi? Berlari berkejaran lah anda bersama jam loceng itu. Selagi tak dapat tangkap dia dan tutup, selagi tu dia berbunyi. Menarik bukan?? Maka, sihatlah rakyat Malaysia kalau setiap sorang ada jam loceng begini. Subuh bukan penghalang untuk bersenam ~


Dan saya baru Google, dan saya jumpa ini. Tapi ini versi bertayar. SAYA MAHU YANG BISA BERLARI,BUK!


Okay, contoh yang ke dua. Mesin kredit. Apa itu? Alah.. tak ke korang rasa membazir tenaga & masa & minyak motor untuk ke kedai berdekatan hanya untuk beli kredit 5 ringgit dan 10 ringgit untuk jiran sebelah yang meminta kirim?? Saya rasa itu membazir:B. Jadi, saya cadangkan ( fuhh, dah macam ahli parlimen ) mesin kredit mesti dicipta. Kita hanya perlu masukkan duit dari atas, dan keluarlah resit mengandungi nombor code kredit. NOTA : Ia hanya boleh terima duit kertas. Bila lah benda sebegini akan dicipta.

Contoh yang ketiga, remote TV yang menyediakan khidmat missed call. Bak kata kawan saya, kalau tak jumpa remote bolehlah CALL dia :B. Dan jangan pulak letak silent mode. LOL. Mudah kan?? Tak perlulah lagi habiskan masa setengah jam untuk cari remote TV yang hilang sedangkan ia berada di dalam bilik abang kerana abang tersalah ambil lalu ditinggalkan di dalam biliknya. Dan satu status yang saya jumpa dari facebook. " Kami dah anggap remote TV sebahagian dari keluarga kami. Bila masa 'dia' hilang, mesti satu rumah bertungkus-lumus cari 'dia' " - by UNKNOWN.

Yang ke empat. Mesin basuh khas untuk tuala wanita. Oops. Kes ini tidak perlukan penerangan yang lebih lanjut. 404 Error : more information button not found.

Contoh ke lima. Tabung kira sendiri. Wak, wak, tabung tu benda, dan dia tak boleh kira duit. LOL. Bukan tabung yang boleh bawa keluar duit dari badan dia sendiri semata mata untuk kira duit. I mean, yang boleh set kan jumlah duit dan selagi tabung itu tak cukup seperti jumlah yang telah ditetapkan, ia tidak dapat dibuka :B hehehe. Berjanggut lah kau kalau set sampai satu juta :B


Comel kan mesin ATM Mini ni kan? ^^