Friday, 15 June 2018

AN UPDATE AFTER SPM (Part 1)

Aloha Homo Sapiens! I am back! 

Sedih je tengok blog aku ni aku tinggalkan macam tu je. Honestly, aku bukannya dah hilang minat nak berblog, cuma aku tak banyak cerita nak diceritakan. Aku bukan kaki travel, aku tak pandai nak review produk, nak jadi food blogger pun tak boleh jugak sebab aku mahir makan sampai kenyang je, nak suggest that food kat orang, hahaha aku akan cakap " Woo makanan tu sedap, ko patut cuba!" "Sebab apa sedap? Hmm sebab makanan tu sedaplah!" Yep that's me.


Tapi bukan fasal tu yang aku nak cerita. Entri ni aku buat sebab sekarang ni mungkin INILAH masa-masa akhir aku dapat hidup senang lenang macam ni. Maksud aku, masa aku banyak sangat sekarang, maklumlah pelajar lepasan SPM kan? Hehe. Jadi, aku guna masa terluang yang banyak ni untuk update beberapa entri.

Sebut fasal pelajar lepasan SPM, ugh mesti orang selalu nak tahu resultnya kan? Hadoi. Well, aku tak boleh nak sembunyi dah. *Tarik nafas dalam-dalam* Okay here we go. Aku dapat 4A secara kasar. 1A 3A- 1B+1B 1C+ 1C 1D 1E. (E tu apa lagi, matematik tambahanlah) Aku bagitau keputusan aku dengan sangat detail ni bukan nak kata aku bangga dengan result aku, in fact aku malu sebenarnya sebab dulu UPSR 5A, PT3 8A, SPM? Hahaha kelaut! Tapi apa yang aku tahu, sekarang aku jadikan result SPM aku sebagai pembakar semangat untuk aku dapat pointer tinggi, kalau boleh 4 Flat terus untuk keseluruhan Diploma aku nanti. Buktikan bahawa 'Gagal sekali tak bermaksud gagal selamanya!'. InsyaAllah, Amin! 




Dalam result aku tu jugak ada hadirnya seketul A 'solid'. Cer teka subjek apa tu? Bahasa Malaysia? HAHAHAHA TAK! Jawapannya Prinsip Perakaunan! Tau tak yang lawaknya, selama aku belajar subjek Akaun, form 4 dan form 5, aku HANYA PERNAH LULUS AKAUN SEKALI JE DALAM BANYAK-BANYAK EXAM! Tu pun berapa, 44%! HAHAHAHA KESIAN. Tah apalah yang aku jawab masa SPM haritu :') Di kesempatan ini jugak aku nak ucap terima kasih banyak-banyak Cikgu Juliana sebab tak putus asa dengan anak muridmu yang bebal ini, jasamu akan ku kenang sampai bila-bila~

Selalunya lepasan SPM, lepas habis je SPM mesti ada yang buat kerja sambilan, hadir mana-mana kursus untuk tambah ilmu, tambah kemahiran.. Tapi aku tak. Ye, betul, aku tak buat apa-apa (Jangan contohi aku). Asalnya aku nak jugak rasa buat kerja sambilan, tapi.. tulah, takut tu lagi besar dari ego aku, aihh? Ye, aku tak berani, dan rasa tak sedia lagi nak masuk 'alam pekerjaan'. (Nasib mak tak halau aku keluar rumah hoho ~) Jadi, aku duduklah merput di rumah sampailah sekarang ni, sedang menaip blog dengan mata yang berat ya amat sebab dari sahur tadi tak tidur pun. Sebelum sahur tadi pun tak tidur, sebab apa? Sebab main game ~ (Please, jangan contohi aku)

Tapi takpe, aktiviti mereput di rumah aku ni akan berakhir 16 Julai nanti. Sebab apa? AKU AKAN SAMBUNG BELAJAR KAT UiTM WEHH!

Aku akan cerita lebih lanjut kat entri akan datang.
Mengantuk gila ni.

...

Babai, Homo Sapiens!

Random thoughts : Peristiwa Prinsip Perakaunan aku tu sebijik macam subjek Kemahiran Hidup aku dulu. Masa periksa biasa tak pernah dapat A, masa exam sebenar dapat A hoho ~

No comments: