Saja aku tinggal cliffhanger kat entri yang lepas :P. Ya, aku dapat tawaran. Aku dapat tawaran dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Kat mana? Seri Iskandar, Perak. Kos apa? Part ni yang sedih sekejap. Aku dapat kos Bangunan. Pilihan ke 8 weh. Baru sehari sebelum hari check result tu mak aku cakap, mintak-mintak dapat yang pilihan 1 atau 2. Tapi.. sigh. Tak ada rezeki. Dan ini dia senarai kos yang aku pilih.
Macam sebelum ni aku ada bagitahu, aku minat sains, jadi aku mintak kebanyakan bidang sains. Dan dua undang-undang sebab aku pun minat undang-undang. Kita dibayar untuk bertengkar hahahahah. Tapi tak, aku tahu lawyer kerjanya bukan nak bertengkar je. Aku suka bidang yang akan datang nanti aku dapat kerja dengan manusia. Not to mention, kerja tu jugak dapat tolong orang, macam pakar fisio, lawyer semua tu, kan kita tolong selesaikan masalah orang. Jadi, sebab tu aku pilih bidang-bidang tu. Dulu nak pilih seni bina as pilihan nombor 2, tapi tak layak. Hahaha sian. Nak buat mcm mana kan takda rezeki, Allah tahu yang lebih baik untuk kita.
Masa mula-mula aku tahu aku dapat diploma Bangunan, aku menangis sbb tak dapat pilihan 1 atau 2. Tapi dalam dua 2 ke 3 hari lepas tu, aku mula redha. Aku mula buat research lebih dalam lagi pasal diploma Bangunan tu. Dan apa yang aku dapat actually not bad lah diploma Bangunan tu. Kalau nak baca lebih lanjut boleh lah baca di blog INI.
Dan sampai ke hari ni, aku makin lama makin redha dengan keputusan tu. On bright side, aku tak minat bidang yang nanti aku kerja cuma duduk diam dalam office, kena ikut etika pemakaian bla bla. I'm just not like that, aku suka free, freedom, simple-simple je, sebab aku diantara yang jenis ini, 'pakai tracksuit pergi shopping mall, pakai tudung sarung bila keluar jalan-jalan', that's me lol. Paling fancy yang kawan-kawan aku pernah tengok pun, aku pakai shawl or bawal + jeans + baju jalan-jalan + sneakers. Aku tak minat pakai high heels semua tu. Jadi, memang kos ni yang sesuai untuk aku sebab aku ni lasak (dan juga mempunyai fashion sense teruk). Yang pasti, masa kerja nanti aku tak perlu pakai baju kurung HEEHEHEHEHEH. Teruk betul aku hahah. Atas sebab itulah yang buat kan aku redha dengan kos yang aku dapat ni.
Hmm part 1
Hmm part 2
Hmm part 1
Hmm part 2
Sekarang ni aku dah siap beli/dapatkan dah semua barang-barang keperluan, borang-borang pun dah isi. Tinggal satu je lagi, medical check up. Dan 16 Julai 2018 nanti aku akan berambus kan diri dari Sitiawan, dan hello Seri Iskandar.
InsyaAllah kalau aku sempat aku akan cerita pasal first day aku sebagai penuntut UiTM/pelajar universiti dan akan tangkap gambar banyak2 untuk aku letak kat blog ni dan juga Instagram aku ! Kalau rajin mai mai la follow Instagram saya :3 @aifaamrd
Random thoughts : Aku jugak minat nak jadi penyiasat jenayah semua tu, tapi, bidang tu macam tak laku kat sini (?) Dan lagipun, aku tak jumpa jalan-jalan yang boleh aku ikut so that aku boleh jadi penyiasat akan datang. Hmm lupakan jelah ~
Random thoughts : Aku jugak minat nak jadi penyiasat jenayah semua tu, tapi, bidang tu macam tak laku kat sini (?) Dan lagipun, aku tak jumpa jalan-jalan yang boleh aku ikut so that aku boleh jadi penyiasat akan datang. Hmm lupakan jelah ~





