Wednesday, 25 June 2025

LIFE UPDATE

    Hai, Assalamualaikum. Lama tak post apa-apa kat blog ni. Dulu aku selalu gelar diri aku Epa. Sekarang aku dah ada nama panggilan baru, Epot. Hehe. Adalah, someone tu yang bagi. So sekarang umur aku dah 25 tahun. Aku menaip ni pun sebenarnya aku tengah rehat kat ofis. Epot dah kerja, yeay. Adult money, yeay. Komitmen pun mula bertambah, yeay.

    Aku dah ada Diploma, Diploma in Building yang aku cerita pilihan terakhir tu hahaha. Aku juga dah berjaya habis buat Ijazah Sarjana Muda Sains (Seni Bina) ataupun Bachelor of Science (Hons) Architecture. Ya, betul lah tu, aku berjaya sambung Degree Architecture yang aku nak sejak aku mula Diploma. Alhamdulillah. Result aku taklah memberansangkan, tapi, aku dapat habiskan. Dan sekarang, aku tengah tunggu Convocation Day. Maybe bulan November ni :)

    It was a really tough journey. Maybe aku akan buat satu entry pasal life semasa buat degree. Since aku kerja kan, malam-malam mana ada homework dah hahaha. Bosan juga. Sementara masih ingat sebenarnya, lately ingatan aku makin teruk. Aku takut aku lupa semua benda. Jadi, kat sini aku nak mula documenting my life balik. Aku perasan cara penulisan aku pun dah berubah. I'm still the same person, just adulting :)

No comments: