Wednesday, 3 June 2015

CHATTING WITH SOME WEIRDOS ( part 3 )

Ini sambungan entri yang lalu. Kes terakhir, dan kes ini kes yang paling I suka. Jenis jenis manusia yang berani. Berani untuk apa? Berani untuk guna bahasa asing walaupun dia sendiri tahu dia taklah fasih berbahasa asing. Ini bukan satu penghinaan cuma peringatan agar jangan sesekali berani hentam sahaja apabila berbahasa asing. Terutama dengan orang asing. Nanti risau disalah anggap.. disalah faham? Kan susah nanti.

Kiralah berapa banyak perkataan ' bahasa ' dan ' asing ' dalam perenggan di atas :3

Stranger : Hi
Me : * macam ok je orang ni? * Hi
Stranger : My name is _______
Me : Urm ok.. I'm Aifaa.
Stranger : How much your age?
Me : * Huh?? LOL * Ermm .. CORRECTION : How old are you ? .. I'm 15.
Stranger : Hihihihihi sry. Will you talk with me ?
Me : * typing with an awkward face * Urm.. I am talking to you..
Stranger : Hihihihihi k.. U pic. In profile picture, u r pic? That is u ?
Me : Yeah.. LoL. BETTER SENTENCES : That picture in your profile picture. Is that you ? And by the way, I am not a picture :) hahahaha

* cepat cepat block dia *

I should open a free English Chatting Tuition Centre. Anyone interested ?
* Sighhh... *

CHATTING WITH SOME WEIRDOS ( part 2 )

Marilah kita kotakan janji dan marilah kita sambung bercerita tentang WeChat weirdos. Kalau dulu kita bercerita fasal penggunaan short forms yang tak berpatutan, manusia berbahasa alien, sekarang I nak cerita tentang yang tiada modal soalan.

Yang tiada soalan untuk mengurat ( ngeh perasan aku ni )
Contohnya :

- DAY 1 -

Stranger : Slm. Hi.
Me : Waalaikumussalam. Hi.
Stranger : Wat pe tu?
Me : takda pape.
Stranger : Da mkn blum?
Me : Dah..

- END OF CONVERSATION -

- DAY 2 -

Stranger : Hai wak.
Me : Hi.
Stranger : Wk wat pe tu?
Me : * ura ura menyampah dah keluar * Tak buat pape.
Stranger :  Da mkn?
Me : * malas nak jawab banyak banyak * Dah.

- END OF CONVERSATION -

- DAY 3 -

Tetap dengan soalan yang MASIH SAMA .. Tetapi soalan pertama ditambahnya.

Stranger : Slm. Wak kat ne?????
Me : * eh perlu tahu ke? Macamlah kau ni suami aku sampai nak tahu aku kat mana? Nak je jawab dalam jamban -..- * Kat rumah.
Stranger : Iye ke? Wat pe skrng? Dh makan?
Me : * eh caring pulak dia ni * Dah.. ( soalan last je yang I jawab ) 

I rasa I cuma hidup untuk makan dan tak buat apa-apa je. LOL.

- DAY 4 -

* I dah block dia wahahhahaha *

NOTE : Come on orang Melayu. Be more CREATIVE.


Friday, 22 May 2015

CHATTING WITH SOME WEIRDOS ( part 1 )

Weirdo tak akan pernah mengaku dia weirdo.
Akulah tu.

Sudah sekian lama tak update blog, kat sekolah I lah yang paling bising fasal blog tapi I jugalah yang pemalas nombor 1 dalam bab nak buat entri, nak reka ayat. Bila lah aku boleh buat ayat-ayat kreatif sama macam Keknis ni? Hmmm.. 

Me : Korang, aku tak ada idea lah nak buat entri blog. Lama dah tak upload blog ( tak sedar lagi dah salah sebut )
Nad & Farah : Upload ??! 

Memang I kena bahan seharian tu. Sama lah macam kes ni :

" Aku dengan dia langsung tak ada Chemical " 
" Chemical???! Whahaahhaha " 
" Asal korang gelak? :( " 
" Chemistry lah cik Aifaa " 
" Really?? Bukan Chemical? :( " 
* diorang gelak sampai tak ingat dunia * T-T ( kena bahan lagi )

Apa-apa pun, hidup I lagi seronok bila ada kawan-kawan. Meleret panjang-panjang sampai lupa nak cerita tajuk sebenar. Sekarang, I nak sentuh fasal kepelikkan SESETENGAH warga WeChat. Keputusan ni I dapat setelah sekian lama mengkaji warga-warga WeChat. Buat pengetahuan am korang, I suka main shake dalam WeChat tu. Yang mana menarik, I accept, yang tidak dan I rasa akan menyusahkan I kelak, Bye Bye.

Random picture from Mr. Google Image :3

Keputusan yang I dapat ni agak membosankan. Short form pelik-pelik, ayat pelik-pelik, tak ada modal soalan untuk mengurat dan ada juga yang berani gunakan bahasa Inggeris walaupun kurang pengetahuan. I mau beri contoh / evidence.

- Geng guna short form pelik -

Stranger 1 : hy slm
Me : Waalaikumussalam.
Stranger 1 : bt pe tu?
Me : bt?
Stranger 1 : iya bt pe tu wak?
Me : bt tu apa??? ><
Stranger 1 : Kamu buat apa? * terus keluar bahasa baku ! *
Me : * finally mengerti * tak ada buat apa2 ( I rasa sangat dumb )

Other examples :
bt, wt, uat = buat
hy = hai
wk = awak
q = aku
pe? = apa?
x, tk = tak, tidak
sya, aye (gedik) = saya
ite (gedik) = kita
ne? = mana?
... dan banyak lagi ...

Note : sebagai rakyat Malaysia dan sayang akan Malaysia, bahasa Malaysia. Tolonglah, guna short forms yang berpatutan supaya orang lain faham, terutama orang yang macam aku ni.

Kes typo ke memang nak didakwah? Haha

Tadi kes short form melampau, sekarang jom beralih ke ' yang rajin tambah huruf ' dan ' yang cipta perkataan sendiri '.

Stranger 2 : hie salam wak
Me : Waalaikumussalam. Hi
Stranger 2 : Awks ngah uat apew tu?
Me : * Allahuakbar, kenapa aku accept manusia berbahasa alien ni?? * ( tenung phone sekejap .. Tak rela nak jawab .. Padam chat .. Tutup WeChat .. Buka blog )

Ini kebenaran. Stranger tu memang guna bahasa ALIEN ! D: Dia mendorong saya untuk buat entri fasal ini. Terima kasih banyak-banyak.

Other examples : 
aqu = aku
minx = minta / mintak
omey = comel ( masih boleh diterima )
apew = apa ( eee geli aku wei )
ittew = kita ( ini selalunya digunakan apabila pasangan couple mahu bergula gulaan. Eee geli 10 kali ganda )
awks = awak
... dan banyak lagi ...

Note : Awak perlu masuk tadika semula. 

Saki baki berkenaan tajuk ini akan I ceritakan pada entri akan datang. Panjang dah entri ni. Risau pembaca dan kawan-kawan I tak larat nak baca.. hehe. See ya next time.












Monday, 16 March 2015

KAU INGAT TAK?

Mesti korang ada satu jenis / spesis kawan yang kepoh nak cerita, tapi dia yang gelak melebih. Akhirnya, semua yang terlibat dalam scene tu blurr. Okay, kalau yang tengah baca ni kawan-kawan aku, sudah sememangnya akulah salah satu spesis manusia macam tuh. ( eh tak, ALIEN )

ME : Wei, kau ingat tak time hahahahahaha !
PENDENGAR : ...... apa?
ME : Alah yang haritu tu kih kih kih wahahahah !
PENDENGAR : .......
ME : * lepas penat gelak, air mata, hingus ( mucus ) semua mengalir * lupakan je lah. K Bai ~
PENDENGAR : ....... what???

Seriously, aku memang selalu jadi macam tu. Kesian kawan-kawan aku habiskan 3 minit diorang dengar aku gelak tanpa sebab kukuh. And our short conversation will end up like " what the fish yang kau nak cakap tadi??! " " K Bai ~ "

Okay nak tukar topik perbincangan. Aku suka budak-budak. Sometimes. Sebab ada waktu tertentu kids ni menakutkan. When diorang tunjuk benda yang kita geli and when diorang ugut kita ( bagitau mak ! :( ) okay yang itu serious aku takut. When diorang nangis tanpa sebab and when diorang nak serang / pukul kita. Kalau kita balas balik, keluarlah ugutan tu T_T



Tapi, most of the time, kids sangat comel ! For example, yang dalam iklan Maxis tu ( dah tetiba Maxis pulak ). Budak-budak dalam iklan tu comel sangat. Ada dua budak tarik perhatian aku. Yang main dengan tisu tandas dan yang main kek warna-warni itu. Sumpah comel ! Mula-mula tarik sikit-sikit tisu tu. Lama-lama penuh satu bilik dengan tisu tandas. Seronok kau ye dikk ? Yang lagi satu tu, cuit-cuit kek tu. Akhirnya, ' BAMM ' !! Dua genggam tangan chubby dia masuk sekali dalam kek tu ! Tak payah potong pun boleh.. seronok kau ye dikk ? LOL ! Setiap kali tengok iklan Maxis tu mesti gelak dan cakap " comel betul diorang tu ! ". Tahniah Maxis, iklan anda selalu BEST ! Syabas ! :D

RandomPop : Aku pernah banjirkan satu bilik air dengan air sabun Dettol :P Maaf mak.

Saturday, 14 March 2015

MARILAH KITA LARASKAN UJIAN ITU!

#Ujian_Selaras_1.

Hari Rabu yang telah lama berlalu, bertarikh 4 / 3 / 2015, aku telah menduduki Ujian Selaras 1. Bosan sungguh kamu ini. Kay fine ~ Alhamdulillah, Ujian berjalan dengan lancar. Dan diriku ini tak buat banyak songeh sebab selalunya sebelum Ujian atau Peperiksaan ( eh bukan sama ke? ) badan ini akan mula gedik-gedik nak jumpa abe-abe doktor hensem kat hospital kerajaan tu, ok the truth, hospital kerajaan kat sini tak banyak doktor menawan. K bai ~

Tragedi 2012 - daripada status kini 'sihat wala'fiat', lagi dua hari nak Exam boleh tukar status 'suspect denggi' ! Itu terjadi masa aku Pra-UPSR. Terseksa woi. Itu pun syukur Alhamdulillah, dapat 4A for Pra-UPSR :) Apa-apa pun, komen aku tentang Ujian Selaras 1 ini, 35% senang, 51% susah. Yang selebihnya melayang di awangan. Pandai-pandai aku je.

Okay. Subject yang senang kali ni.. hmm.. BM, MATH ( fuyoo, Math kau kata senang?? ). Oh please, ini first time aku cakap Math senang setelah sekian lama tidak menyebutnya selepas habis UPSR ! Start form 1 hancur Math aku. Dari MATH jadi MATI. LOL.


Sekarang ini bakal doktor dalam mimpi ingin mengatakan, mata pelajaran Science tetap di rank yang PERTAMA dalam senarai subjek susah ! Minat Science, tapi tak ada Chemistry langsung dengan subjek tuh. Chemistry where are you ?!! Rank yang kedua, Sejarah. Sekarang aku menyesal sebab selalu menguap seperti badok ayor tanpa batasan dalam kelas beliau. Maaf cikgu, kadang-kadang saya sengaja berbuat begitu. Kuajaqq.


Jumaat dua minggu lepas, Ujian Agama Islam dan KH ( Kemahiran Hidup ). Subjek Agama Islam agak 'mudah'.. sikit.. Pabila subjek KH join the club, hanya mampu menepuk dahi. Sejujurnya, aku memang tak minat KH tambah2 lagi bila kami mesti / memang / wajib ambil Perdagangan dan Keushawanan yang memang akan terlibat dengan kira-kira serta nombor. That's why aku pernah dapat 40% ! Ngeh ngeh. Aiyoyo, teruknya ini budak *tepuk dahi*

Ujian Selaras 1 sudah lepas,
Yang penting Pt3 makin dekat.
Belajar pun masih malas-malas,
Result apa yang kau nak dapat?

K Bai ~


Wednesday, 4 February 2015

TOP 5 : MY DREAM CARS THAT WILL NEVER EVER OWNED BY ME.

Hai hai hai. Bosan pulak petang ni. Marilah saya habiskan masa dengan menaip. Di sini saya nak senaraikan TOP 5 kereta idaman saya yang tak akan dapat saya miliki. Tak tau lah mungkin rezeki saya boleh dapat salah satu kereta dari senarai ni? AMIN ~ Jatuh gedebuk dari langit? AMIN ~ hahahah T_T

1 ) Bugatti



2 ) Lamborghini Aventador



3 ) Audi R8



4 ) Mitsubishi Lancer



5 ) Nissan GTR



Tunggu jatuh gedebuk je lahh ~ Byee ~ T_T

Tuesday, 3 February 2015

WELCOME KIDS


KRINGGGGG ~ KRINGGGGG ~ KRINGGGGG ~

“Alaaa, loceng dah berbunyi” “Eh, asal loceng lama sangat bunyi ni?? Ada kebakaran ke?” “Alahai, lambat betul loceng ni nak berbunyi, aku dah bosan ni” “Cepat-cepat lah bunyi loceng, aku tak nak hantar buku hari ni” – itulah antara ayat-ayat yang salalu pelajar akan cakap bila loceng berbunyi. So, bila cakap fasal loceng, teringat sekolah. HA HA HA.

Cuz’ I’m still 14 years old, and will officially turn to 15 at 17th of April, it is easier for me to write this entry ^_^

Dan yang pasti, tak semua pelajar datang sekolah dengan hanya satu tujuan. Jadi, entri ini akan senaraikan top reasons (sebab utama) I love schools. Jom saya senaraikan apa yang terbuku di dalam hatiku ini.

1. Dengan niat yang satu. Nak belajar. Dapatkan ilmu yang bermanfaat untuk diri sendiri ( walaupun niat ini rendah sikit dari niat nak bertemu rakan-rakan, akan saya sematkan tetap di nombor satu hehehe)
2. Nak jumpa kawan-kawan : - Farah, Mira, Nad and Syaf :P


Dan ini kes semalam :

ME : Wei korang, boleh tolong aku tak senaraikan idea-idea untuk entri blog? Aku dah kering idea.. Nah kertas..

* beberapa minit kemudian, dapat semula kertas, diorang mula gelak2 *

Result yang aku dapat : 

IDEA BLOG ~
  • Cara cuci pinggan & mangkuk. (the"mangkuk" LOL)
  • Cara memasak bihun sup cara Aifaa Gendut. (Kuajaq hahaha)
  • Tempat paling menarik ( dalam toilet ) 1001 kegunaan. (Adoiyayyy)
  • Cara untuk membuat Bedak Badak yg boleh memutihkan muka Aifaa. (Why me and badak?Hahaha, kuajaq nohh)
  • Cara untuk jadi serious.
  • Fashion Muslimah Zaman Aifaa. (Apasal zaman aku pulak?? Hahaha)
  • Qu Hitam, Qu Hitam Barulah Legam ! (LOL)
  • Cara badak terkejut. (Cer citer kat aku mcm mana badak terkejut?? Haha)
  • Awak ni memang cantik dari kecik eh?


ME LIKE : WHATTTT?? Seronok korang bahan aku eh? Rupa mana aku nak buat entri dengan tajuk-tajuk kreatif korang ni? Hahahahaha adoii..

3. Nak tengok CRUSH heheheheheh. My crush ada dua (LOL). Crush jauh aja ni :B Nama yang saya gelar diorang, C and 9 Alphabets :P

RandomPop : Farah dan Nad pun dah terjebak dengan aktiviti blogging ini hehehehe. Tolong support diorang yea? 


Wednesday, 28 January 2015

THE MOST LUCKY OWNER.

Hai assalamualaikum. Harini saya tak ada apa-apa yang seronok untuk dibicarakan. Setelah balik dari sekolah, saja lawat pets saya di GALAXY while recalling the scene when my pencilbox suddenly disappear T_T rupa-rupanya orang belakang tuh pandai berlakon, buat-buat tak tahu =.= . Tak tau apa tu GALAXY? Rajin-rajinlah baca entri saya sebelum ini.


Ni nama dia Fluffy. Dan dia dalam mood yang agak baik. Hmm...


Ini pula Water Dragon :D Tengok! Dia siap luahkan rasa cinta dia kepada saya, owner yang sungguh baik hati :P

So, ini je lah dua pet yang saya bela (tak dapat bela kucing sebenar, bela je lah benda ni). Nanti saya nak beli Pikachu pulak. Comel Pikachu dalam aplikasi ni.


Me like.. " Awww, you're so cute ❤ " 

Create your own Galaxy avatar here : http://galaxy.mobstudio.ru/web/?ref=27305350 

RandomPop : Tak sabar nak tunggu My Girlfriend is a Gumiho (NTV7) last episode. Sebab tahun lepas tak sempat nak tengok last episode. Suddenly, wild voice appears : "Lahh tengok je lah kat Youtube" - Saya jenis yang Anti-Buffering. Bye 

Sunday, 25 January 2015

GALAXY MOBSTUDIO

Fuhh, lama betul tak update blog. Maklumlah sibuk dengan sekolah. Tak lah sibuk sangat. My mum kesayangan tak benarkan guna laptop hari sekolah T_T . Demi mak, aku relakan. By the way, aku baru je selongkar blog bestfriend aku, Miss Naddy :D. And last dia update Monday, 5 January 2015 dulu.. dan aku bermonolog dalam hati “ dah lama dia tak update blog ni ” then terbukak hati nak buat entri baru untuk blog aku. Tengok-tengok, last aku update Wednesday, December 31, 2014. Puitt ! Tahun lepas tu. Nampak sangat kamu ni lagi tak aktif Cik Paa T.T

 Okay, berbalik kepada tajuk asal kita tadi.

Ini bukan Samsung Galaxy , bukan juga Galaxy Medan Sensasi dan bukan juga galaxy yang ada kat angkasa tu.. tapi ini aplikasi galaxy. Media sosial yang bernama Galaxy. Alah, serupa Facebook, Twitter, Whatsapp dan lain-lain. Lebih kurang jer ~

PERINGATAN : Aplikasi yang saya akan cerita lepas ni untuk remaja sahaja, dan seeloknya 16+. Sebab apa? Kita akan berhubung dengan  sedunia, jadi faham-faham lah jika diorang akan guna perkataan atau offer-offer yang tak sepatut budak bawah umur terima (tetiba sedar diri ini pun bawah umur) tapi takpe. Saya dah masak dengan semua ni sebab saya dah guna aplikasi ni sejak saya darjah 6. Tak mengganggu pelajaran saya pun. Alhamdulillah. Dapat 5A :D



Apa aplikasi Galaxy ni?

Galaxy ini ialah aplikasi sosial biasa saja. Yang luar biasanya, Galaxy ni worldwide. Dan kita boleh create avatar sendiri.


Apa yang bestnya dengan Galaxy ni?

Kita akan dapat chit chat dengan orang dari luar negara. Dan pastinya, bahasa utama diorang, bahasa Inggeris. Pandai-pandailah korang survive dalam aplikasi ni. Kita juga boleh top up untuk naikkan authority, beli baju or kelengkapan yang lain untuk avatar kita. Tu yang best tuh.

Kekurangan dan kecekik darahan Galaxy ni : 

Semua aplikasi ada kekurangan kan? Bagi saya, saya tekankan, bagi saya ! Pendapat saya, ini fakta saya tak menuduh bukan-bukan. Galaxy ni cekik darah sikit. Korang pun tahu kan mata wang kita, Malaysia ni rendah. Jadi, bila nak top up account kita, RM3 dikenakan untuk 1 c.u. (mata kredit yang diguna dalam Galaxy). Pandai-pandailah fikir jika ada barang yang berharga 3 c.u. dalam aplikasi tu.

Macam mana saya jumpa aplikasi ni?


Saya jumpa aplikasi ni masa saya selongkar Nokia store (LOL Nokia store kot hahahhah nanti cukup budget nak upgrade ke Oppo) semasa saya bosan :P dan kini Galaxy Mobstudio dah sediakan untuk Windows. So boleh laa nak guna aplikasi ni dalam laptop. Kepada sesiapa nak cuba guna aplikasi ni, silalah klik link ini.

http://galaxy.mobstudio.ru/web/?ref=27305350



ini rupanya kalau bukak guna laptop

Saya rasa ini sajalah untuk pendahuluan tentang aplikasi Galaxy ini. Nanti saya akan post entry lebih mendalam fasal Galaxy ini ya? Sesiapa yang ada soalan, atau masih kurang faham or ingin faham tentang apa yang saya merepek panjang-panjang kat atas tadi, bolehlah email saya ke

nuraifaa174@gmail.com

Atau hantar chat ke Facebook saya.

Semoga Berjaya ! :D