Friday, 22 May 2015

CHATTING WITH SOME WEIRDOS ( part 1 )

Weirdo tak akan pernah mengaku dia weirdo.
Akulah tu.

Sudah sekian lama tak update blog, kat sekolah I lah yang paling bising fasal blog tapi I jugalah yang pemalas nombor 1 dalam bab nak buat entri, nak reka ayat. Bila lah aku boleh buat ayat-ayat kreatif sama macam Keknis ni? Hmmm.. 

Me : Korang, aku tak ada idea lah nak buat entri blog. Lama dah tak upload blog ( tak sedar lagi dah salah sebut )
Nad & Farah : Upload ??! 

Memang I kena bahan seharian tu. Sama lah macam kes ni :

" Aku dengan dia langsung tak ada Chemical " 
" Chemical???! Whahaahhaha " 
" Asal korang gelak? :( " 
" Chemistry lah cik Aifaa " 
" Really?? Bukan Chemical? :( " 
* diorang gelak sampai tak ingat dunia * T-T ( kena bahan lagi )

Apa-apa pun, hidup I lagi seronok bila ada kawan-kawan. Meleret panjang-panjang sampai lupa nak cerita tajuk sebenar. Sekarang, I nak sentuh fasal kepelikkan SESETENGAH warga WeChat. Keputusan ni I dapat setelah sekian lama mengkaji warga-warga WeChat. Buat pengetahuan am korang, I suka main shake dalam WeChat tu. Yang mana menarik, I accept, yang tidak dan I rasa akan menyusahkan I kelak, Bye Bye.

Random picture from Mr. Google Image :3

Keputusan yang I dapat ni agak membosankan. Short form pelik-pelik, ayat pelik-pelik, tak ada modal soalan untuk mengurat dan ada juga yang berani gunakan bahasa Inggeris walaupun kurang pengetahuan. I mau beri contoh / evidence.

- Geng guna short form pelik -

Stranger 1 : hy slm
Me : Waalaikumussalam.
Stranger 1 : bt pe tu?
Me : bt?
Stranger 1 : iya bt pe tu wak?
Me : bt tu apa??? ><
Stranger 1 : Kamu buat apa? * terus keluar bahasa baku ! *
Me : * finally mengerti * tak ada buat apa2 ( I rasa sangat dumb )

Other examples :
bt, wt, uat = buat
hy = hai
wk = awak
q = aku
pe? = apa?
x, tk = tak, tidak
sya, aye (gedik) = saya
ite (gedik) = kita
ne? = mana?
... dan banyak lagi ...

Note : sebagai rakyat Malaysia dan sayang akan Malaysia, bahasa Malaysia. Tolonglah, guna short forms yang berpatutan supaya orang lain faham, terutama orang yang macam aku ni.

Kes typo ke memang nak didakwah? Haha

Tadi kes short form melampau, sekarang jom beralih ke ' yang rajin tambah huruf ' dan ' yang cipta perkataan sendiri '.

Stranger 2 : hie salam wak
Me : Waalaikumussalam. Hi
Stranger 2 : Awks ngah uat apew tu?
Me : * Allahuakbar, kenapa aku accept manusia berbahasa alien ni?? * ( tenung phone sekejap .. Tak rela nak jawab .. Padam chat .. Tutup WeChat .. Buka blog )

Ini kebenaran. Stranger tu memang guna bahasa ALIEN ! D: Dia mendorong saya untuk buat entri fasal ini. Terima kasih banyak-banyak.

Other examples : 
aqu = aku
minx = minta / mintak
omey = comel ( masih boleh diterima )
apew = apa ( eee geli aku wei )
ittew = kita ( ini selalunya digunakan apabila pasangan couple mahu bergula gulaan. Eee geli 10 kali ganda )
awks = awak
... dan banyak lagi ...

Note : Awak perlu masuk tadika semula. 

Saki baki berkenaan tajuk ini akan I ceritakan pada entri akan datang. Panjang dah entri ni. Risau pembaca dan kawan-kawan I tak larat nak baca.. hehe. See ya next time.