Kita dibesarkan dengan
bermacam-macam adat dan pantang-larang. Haha bajet saja start entri dengan ayat bosan macam nak buat karangan untuk UPSR LOL. Ada banyak pantang larang orang melayu kan? Jadi, jom saya kongsikan beberapa pantang larang orang melayu dan pendapat saya tentang pantang itu :)
Tidak boleh lalu bawah kain
jemuran atau ampaian.
Kenapa : nanti pening kepala dan sakit kepala.
Sebenarnya : takut kain jumuran
jatuh. Dahlah jatuh, kot-kot terpijak pula, satu hal nak cuci semula.
Tidak boleh makan berpindah
tempat.
Kenapa : takut kahwin ramai.
Sebenarnya : dah satu tempat makan bersepah. Nak sepahkan tampat lain pulak ke? Dahtu malas nak kemas pula.
Anak gadis tidak boleh
duduk di tangga rumah atau pintu depan rumah.
Kenapa : takut lambat jodoh.
Sebenarnya : payah orang lain nak lalu lalang. Dah nama pun anak gadis, kalau duduk mesti berangan sekali.
Tidak boleh meniarap sambil
lipatkan kaki ke atas.
Kenapa : takut ayah atau ibu meninggal.
Sebenarnya : akan sakit dada dan kaki
menjadi kebas. Tapi bagi saya, perlakuan macam tu agak kurang beradab. Terpulanglah..
Anak gadis tidak boleh
menyanyi sewaktu memasak.
Kenapa : akan dapat suami tua.
Sebenarnya : takut masakan hangus dan semestinya tak sedap LOL. Saya terasa ._.
Lepas makan curah sedikit
air minum dalam pinggan.
Kenapa : kononnya supaya tak kering rezeki.
Sebenarnya : supaya mudah nak basuh pinggan nanti. Tak lah orang yang membasuhnya nanti kena sental pinggan kita rupa macam main gitar pula.
Tak boleh bertindih pinggan semasa makan.
Kenapa : takut kahwin ramai.
Sebenarnya : Buat apa nak bertindih pinggn pula?? Satu tak cukup ke?
Bakal pengantin tak boleh
berjumpa dalam seminggu sebelum kahwin.
Kenapa : nanti pendek jodoh.
Sebenarnya : walhal nak menambahkan kerinduan antara pasangan pengantin. Deep ~ hahaha
Jangan berada di luar rumah atau masih bermain di waktu
senja.
Kenapa : nanti disorok hantu.
Sebenarnya : waktu solat maghrib kan singkat. Takut tak sempat nak solat. Lagipun, nak buat apa duduk kat luar rumah semasa senja? Nak tengok matahari terbenam ke?
Jangan bersiul waktu malam.
Kenapa : takut ular masuk rumah.
Sebenarnya : suara siul sumbang. Ganggu orang nak tidur. Nak siul sangat, bangun awal dan join burung-burung pagi siul. Easy. Bersiul tu elok ke? Fikirkanlah..
Jangan bukak payung dalam
rumah.
Kenapa : nanti ular masuk rumah.
Sebenarnya : Buat apa nak buka payng dalam rumah? Kalau ye pun nak cuba payung yang baru beli, perlukah di dalam rumah? Nanti tercucuk orang dalam rumah kan susah.
Jangan sapu sampah di malam hari.
Kenapa : takut rezeki kurang.
Sebenarnya : kan dulu-dulu tak ada lampu macam sekarang ni. Kalau sapu malam-malam, silap-silap tersapu duit ke? Subang emas yang hilang dua minggu yang lalu ke? Kan rugi.
Sumber : Google