Friday, 19 December 2014

TOP 5 : SAYA MAHU MEREKA DICIPTA dan BERIKAN KEPADA SAYA.

Ada tak tercipta kerusi komputer siap dengan seatbelt? Yang macam Kak Hanis Zalikha cerita dalam salah satu entri ini? Kerana saya fikir saya pun perlukan satu. I mean, semua rakyat Malaysia. Kenapa? Untuk elakkan dari mata terlalu rapat dengan skrin komputer. Ramai teenagers yang CEPAT rabun kerana gajet-gajet zaman kini. Eleh cakap macam dia tak buat jugak. Haha saya pun mula rabun masa saya darjah 6. Dan kini, rakan baik saya ialah karot ( lobak merah?? ). Saya rasa banyak benda yang perlu di upgrade kan kepada satu benda pelbagai kegunaan. UTC.. UTC.. Pusat pelbagai perkhidmatan.. Berkhidmat, untuk ..... Dah, dah stop stop.


Sebagai contoh yang saya nak sangat benda ini. Apa dia? Jam loceng berlari. Iya buk, jamnya bisa lari buk. Siap bisa berlari sambil berbunyi, buk. ( dahtu kalau berlari tapi tak ada bunyi useless jadinya ) Cuba bayangkan, di subuh hening. Anda masih tidur dengan nyenyak. Dan bila tiba pukul 6.00 pagi. KRINGGGGGGG !!! ~ bunyi jam loceng memecah keheningan pagi. Lima saat kemudian, jam itu pun mula mengangkat kaki dan lari keliling katil anda. LOL. Apalagi? Berlari berkejaran lah anda bersama jam loceng itu. Selagi tak dapat tangkap dia dan tutup, selagi tu dia berbunyi. Menarik bukan?? Maka, sihatlah rakyat Malaysia kalau setiap sorang ada jam loceng begini. Subuh bukan penghalang untuk bersenam ~


Dan saya baru Google, dan saya jumpa ini. Tapi ini versi bertayar. SAYA MAHU YANG BISA BERLARI,BUK!


Okay, contoh yang ke dua. Mesin kredit. Apa itu? Alah.. tak ke korang rasa membazir tenaga & masa & minyak motor untuk ke kedai berdekatan hanya untuk beli kredit 5 ringgit dan 10 ringgit untuk jiran sebelah yang meminta kirim?? Saya rasa itu membazir:B. Jadi, saya cadangkan ( fuhh, dah macam ahli parlimen ) mesin kredit mesti dicipta. Kita hanya perlu masukkan duit dari atas, dan keluarlah resit mengandungi nombor code kredit. NOTA : Ia hanya boleh terima duit kertas. Bila lah benda sebegini akan dicipta.

Contoh yang ketiga, remote TV yang menyediakan khidmat missed call. Bak kata kawan saya, kalau tak jumpa remote bolehlah CALL dia :B. Dan jangan pulak letak silent mode. LOL. Mudah kan?? Tak perlulah lagi habiskan masa setengah jam untuk cari remote TV yang hilang sedangkan ia berada di dalam bilik abang kerana abang tersalah ambil lalu ditinggalkan di dalam biliknya. Dan satu status yang saya jumpa dari facebook. " Kami dah anggap remote TV sebahagian dari keluarga kami. Bila masa 'dia' hilang, mesti satu rumah bertungkus-lumus cari 'dia' " - by UNKNOWN.

Yang ke empat. Mesin basuh khas untuk tuala wanita. Oops. Kes ini tidak perlukan penerangan yang lebih lanjut. 404 Error : more information button not found.

Contoh ke lima. Tabung kira sendiri. Wak, wak, tabung tu benda, dan dia tak boleh kira duit. LOL. Bukan tabung yang boleh bawa keluar duit dari badan dia sendiri semata mata untuk kira duit. I mean, yang boleh set kan jumlah duit dan selagi tabung itu tak cukup seperti jumlah yang telah ditetapkan, ia tidak dapat dibuka :B hehehe. Berjanggut lah kau kalau set sampai satu juta :B


Comel kan mesin ATM Mini ni kan? ^^


No comments: