Guess what ?? Saya dah dapat status glitterati dari Nuffnang !! Baru dapat semalam dan ia membuatkan saya sukar untuk tidur. Biasalah, newbie topiknya sebesar kutu, digempar-gempur rupe sebesar kapal Titanic. Ok perbandingan tu melampau (hiperbola).
" Eleh, what's so great about that status?? " Mungkin bagi kamu kecil tapi bagi saya besar kerana saya nak cuba buat duit dari berbelog. Al maklum, saya masih kecik nak kerja tak boleh. Ini je lah yang boleh. Terima kasih Nuffnang kerana terima saya untuk join anda :)
So, apa benda Nuffnang tu dan apa ' status glitterati 'tu?? Okay let's get started.
Apakah Nuffnang?
Nuffnang adalah sebuah syarikat pengiklanan Internet di Malaysia. Nuffnang menawarkan perkhimatan menyewa tempat iklan di blog-blog kita(Kita ini dinamakan publisher). Nuffnang akan meletakkan iklan mereka di blog kita dan kita akan mendapat duit sekiranya visitor blog kita klik pada iklan berkenaan.(penjelasan secara basic)
Adakah Kena Bayar Untuk Join Nuffnang?
Tidak, korang tidak perlu membayar apa-apa pun untuk menyertai Nuffnang ini. Ini kerana mereka menggunakan khimat kita untuk mempromosikan iklan mereka,jadi mereka harus berikan duit kepada kita bukannya kita yang bagi duit kepada mereka. Boleh dikatakan kita ini adalah promoter bagi syarikat Nuffnang. Kerja yang perlu kita buat adalah mempromosi iklan Nuffnang di blog kita.
Adakah Nuffnang Memerlukan Akaun Bank Untuk Mendaftar?
Tidak. Ini kerana setelah duit simpanan anda mencukupi RM50,Nuffnang akan menghantar cek ke rumah anda. Selepas menerima cek berkenaan bolehlah anda masukkan duit berkenaan ke akaun bank anda sendiri.
Untuk maklumat lanjut sila klik SINI bagi sesiapa yang mahu tips, pengetahuan tentang Nuffnang dan cara membuat duit dengan Nuffnang.
Credit to Amir Bat
Sambung soalan tadi. What's so great about that glitterati ?? Answer me ! Haha ok sabar-sabar. Sebenarnya, Nuffnang glitterati tu bermaksud Nuffnanger Eksklusif.
Apakah Nuffnanger Eksklusif?
"Nuffnanger Eksklusif” merujuk kepada ahli blogger Nuffnang yang TIDAK mempunyai sebarang bentuk pengiklanan di dalam blog berdaftar mereka, sama ada melalui unit iklan, kenyataan atau pun pautan kepada mana-mana rangkaian pengiklanan yang berasal dari Asia Timur Selatan atau rangkaian pengiklanan lain yang dianggap sebagai pesaing oleh pihak Nuffnang.
Bagaimana untuk mendapat status glitterati ni?
Anda akan didaftarkan sebagai ahli Glitterati Nuffnang secara automatik sekiranya kesemua blog berdaftar anda tidak mempunyai sebarang bentuk pengiklanan sama ada melalui unit iklan, kenyataan atau pautan daripada mana-mana rangkaian pengiklanan dari Asia Timur Selatan atau rangkaian pesaing Nuffnang. Sistem kami akan mendaftar anda sebagai ahli Glitterati secara automatik dalam tempoh 4 hari.
Sekiranya sistem kami dapat mengesan mana-mana blog berdaftar anda mempunyai sebarang iklan atau pautan yang menghubungkan kepada rangkaian pesaing Nuffnang, status keahlian Glitterati anda akan disingkirkan dalam tempoh 4 hari.
Sekiranya sistem kami dapat mengesan mana-mana blog berdaftar anda mempunyai sebarang iklan atau pautan yang menghubungkan kepada rangkaian pesaing Nuffnang, status keahlian Glitterati anda akan disingkirkan dalam tempoh 4 hari.
Apakah kelebihan untuk yang berstatus glitterati?
1. Kadar pembayaran bagi kedua-dua kos per pengunjung unik dan kos per klik.
Untuk yang mempunyai status glitterati (exclusive) kadar untuk kos per klik adalah 0.25 manakala untuk yang ordinary (non exclusive) hanya 0.15 per klik. Banyak beza tau kat situ. Ahli Glitterati Nuffnang akan memperolehi 20% - 40% lebih banyak pendapatan berbanding ahli biasa.
2. Terma Pembayaran
Bila kita cash out duit kepada yang berstatus glitterati hanya mengambil masa 30 hari untuk mendapat cek daripada nuffnang yang ordinary mengambil masa 60 hari.
3. Peluang Advertorial
Sebelum ini, peluang kempen advertorial adalah terbuka kepada semua ahli Nuffnanger. Namun disebabkan permintaan yang tinggi dan demi untuk memendekkan senarai blogger yang layak, kini hanya ahli Nuffnang Glitterati yang boleh menyertai kempen advertorial.
4. Aktiviti Komuniti
Nuffnang sudah tidak asing lagi dalam menganjurkan aktiviti komuniti besar-besaran seperti tayangan wayang primier, perjumpaan makan tengahari dan banyak lagi. Dalam aktiviti sebegini, kami mendapati ramai ahli Nuffnanger yang ingin membawa tetamu bersama mereka dan kami juga turut cuba menuruti hasrat mereka dengan sebaik mungkin.
Kami memberikan kuota 70% tempat duduk di setiap aktiviti kami kepada ahli Glitterati Nuffnang serta tetamu mereka.*mendapat layanan yang istimewa*
5. Peraduan
Memberikan prioriti kepada ahli Glitterati Nuffnang dengan kuota hadiah sebanyak 70% dan 30% selebihnya diberikan kepada ahli Nuffnanger yang lain.
6. Innit
Apa benda pula innit ni? Innit merupakan laman web yang dibina dan diberikan oleh Nuffnang sebagai perkhidmatan tambahan untuk menarik bilangan trafik ke mana-mana blog yang berdaftar di bawah Nuffnang. Namun begitu, ia hanya di khaskan kepada ahli Glitterati Nuffnang demi mengelakkan trafik kepada mana-mana rangkaian pengiklanan pesaing kami secara tidak langsung.
Marilah kita join Nuffnang beramai-ramai :D


No comments:
Post a Comment