Sunday, 21 December 2014

IDOLA SAYA.

Okay, selain daripada blog idol saya, Kak Hanis Zalikha yang pagi tadi memegang watak Elisha (entah betul atau tidak ejaannya) dalam telemovie Aku, Dia & c70 di TV 1, saya juga ada ART IDOL. Awat promote fan page Keknis? Alang alang membuat entri, biar promote FB sekali :3 .

Siapa art idol saya? Ini dia, Kak Julailah George atau nama lain beliau NINJALIGHT yang diperkenalkan kepada saya oleh Azfar (rakan seusia saya) di Facebook. Yang penting saya ada idol yang kenal saya sebagai fans (kipas) beliau :B. Sebenarnya kami mula berinteraksi semasa menyertai pertandingan cipta character suatu masa dahulu. Itu pun Azfar yang daftarkan saya dalam pertandingan tu. Dahlah saya NOOB, ditakdirkan pula berkumpulan dengan dua orang berdarah seni. Saya betul betul menyesal masuk pertandingan tu. Saya tak membantu langsung. Bukan malas, tapi.. Dah dah, Aifaa bawa kekesalan anda ke tempat lain.

Kenapa saya mengisytiharkan ( sampai terpakasa google untuk cari ejaan mengisytiharkan yang betul =_='' ) beliau sebagai idola saya?? Dah nama pun art idol, jadi lihatlah hasil lukisan tangan kak Julailah sendiri. Yes dengan tangan beliau sekali.



Okay, bagi sesiapa yang berminat sila hubung eh eh saya gurau saja. Ini bukan untuk dijual, kalau nak beli jugak, tanyalah tuan empunya badan sendiri di SINI. Add, add jangan tak add. Beliau berhak mendapat fans sendiri.


Ini lah Kak Julailah George. Cantik kan?? Okay, saya mengaku saya jeles. Dah jeles, kau pergi balik rumah. Yang lelaki, jangan nak menggatai pula. Berani ke nak menggatai dengan ninja?? Kalau korang tengok gambar di atas mesti dah tahu apa maksudnya kan? Jadi, beliau bukan orang sembaranganlah. Marilah kita jeles beramai-ramai. Nampaknya korang dah tak sabar nak lihat lukisan beliau yang lain. Okay. Ini antara lukisan Kak Julailah yang saya curi dari Facebook beliau sendiri. Janganlah korang curi balik dari blog ini ya.






Cute right??


Tak puas lagi? Nak lagi? You guys should go add her and follow her. I already did. Dan bagi pembaca yang minat akan art, atau masih newbie macam saya, atau mahu tukar-tukar tips melukis bolehlah bertegur sapa dengan Kak Julailah. Jangan risau beliau peramah. Okay sebelum saya akhiri entri ini, saya nak tempekkan short simple comic yang beliau buat dan saya sakit pipi setelah melihatnya :3.









No comments: