Saturday, 14 March 2015

MARILAH KITA LARASKAN UJIAN ITU!

#Ujian_Selaras_1.

Hari Rabu yang telah lama berlalu, bertarikh 4 / 3 / 2015, aku telah menduduki Ujian Selaras 1. Bosan sungguh kamu ini. Kay fine ~ Alhamdulillah, Ujian berjalan dengan lancar. Dan diriku ini tak buat banyak songeh sebab selalunya sebelum Ujian atau Peperiksaan ( eh bukan sama ke? ) badan ini akan mula gedik-gedik nak jumpa abe-abe doktor hensem kat hospital kerajaan tu, ok the truth, hospital kerajaan kat sini tak banyak doktor menawan. K bai ~

Tragedi 2012 - daripada status kini 'sihat wala'fiat', lagi dua hari nak Exam boleh tukar status 'suspect denggi' ! Itu terjadi masa aku Pra-UPSR. Terseksa woi. Itu pun syukur Alhamdulillah, dapat 4A for Pra-UPSR :) Apa-apa pun, komen aku tentang Ujian Selaras 1 ini, 35% senang, 51% susah. Yang selebihnya melayang di awangan. Pandai-pandai aku je.

Okay. Subject yang senang kali ni.. hmm.. BM, MATH ( fuyoo, Math kau kata senang?? ). Oh please, ini first time aku cakap Math senang setelah sekian lama tidak menyebutnya selepas habis UPSR ! Start form 1 hancur Math aku. Dari MATH jadi MATI. LOL.


Sekarang ini bakal doktor dalam mimpi ingin mengatakan, mata pelajaran Science tetap di rank yang PERTAMA dalam senarai subjek susah ! Minat Science, tapi tak ada Chemistry langsung dengan subjek tuh. Chemistry where are you ?!! Rank yang kedua, Sejarah. Sekarang aku menyesal sebab selalu menguap seperti badok ayor tanpa batasan dalam kelas beliau. Maaf cikgu, kadang-kadang saya sengaja berbuat begitu. Kuajaqq.


Jumaat dua minggu lepas, Ujian Agama Islam dan KH ( Kemahiran Hidup ). Subjek Agama Islam agak 'mudah'.. sikit.. Pabila subjek KH join the club, hanya mampu menepuk dahi. Sejujurnya, aku memang tak minat KH tambah2 lagi bila kami mesti / memang / wajib ambil Perdagangan dan Keushawanan yang memang akan terlibat dengan kira-kira serta nombor. That's why aku pernah dapat 40% ! Ngeh ngeh. Aiyoyo, teruknya ini budak *tepuk dahi*

Ujian Selaras 1 sudah lepas,
Yang penting Pt3 makin dekat.
Belajar pun masih malas-malas,
Result apa yang kau nak dapat?

K Bai ~


No comments: