Sunday, 25 January 2015

GALAXY MOBSTUDIO

Fuhh, lama betul tak update blog. Maklumlah sibuk dengan sekolah. Tak lah sibuk sangat. My mum kesayangan tak benarkan guna laptop hari sekolah T_T . Demi mak, aku relakan. By the way, aku baru je selongkar blog bestfriend aku, Miss Naddy :D. And last dia update Monday, 5 January 2015 dulu.. dan aku bermonolog dalam hati “ dah lama dia tak update blog ni ” then terbukak hati nak buat entri baru untuk blog aku. Tengok-tengok, last aku update Wednesday, December 31, 2014. Puitt ! Tahun lepas tu. Nampak sangat kamu ni lagi tak aktif Cik Paa T.T

 Okay, berbalik kepada tajuk asal kita tadi.

Ini bukan Samsung Galaxy , bukan juga Galaxy Medan Sensasi dan bukan juga galaxy yang ada kat angkasa tu.. tapi ini aplikasi galaxy. Media sosial yang bernama Galaxy. Alah, serupa Facebook, Twitter, Whatsapp dan lain-lain. Lebih kurang jer ~

PERINGATAN : Aplikasi yang saya akan cerita lepas ni untuk remaja sahaja, dan seeloknya 16+. Sebab apa? Kita akan berhubung dengan  sedunia, jadi faham-faham lah jika diorang akan guna perkataan atau offer-offer yang tak sepatut budak bawah umur terima (tetiba sedar diri ini pun bawah umur) tapi takpe. Saya dah masak dengan semua ni sebab saya dah guna aplikasi ni sejak saya darjah 6. Tak mengganggu pelajaran saya pun. Alhamdulillah. Dapat 5A :D



Apa aplikasi Galaxy ni?

Galaxy ini ialah aplikasi sosial biasa saja. Yang luar biasanya, Galaxy ni worldwide. Dan kita boleh create avatar sendiri.


Apa yang bestnya dengan Galaxy ni?

Kita akan dapat chit chat dengan orang dari luar negara. Dan pastinya, bahasa utama diorang, bahasa Inggeris. Pandai-pandailah korang survive dalam aplikasi ni. Kita juga boleh top up untuk naikkan authority, beli baju or kelengkapan yang lain untuk avatar kita. Tu yang best tuh.

Kekurangan dan kecekik darahan Galaxy ni : 

Semua aplikasi ada kekurangan kan? Bagi saya, saya tekankan, bagi saya ! Pendapat saya, ini fakta saya tak menuduh bukan-bukan. Galaxy ni cekik darah sikit. Korang pun tahu kan mata wang kita, Malaysia ni rendah. Jadi, bila nak top up account kita, RM3 dikenakan untuk 1 c.u. (mata kredit yang diguna dalam Galaxy). Pandai-pandailah fikir jika ada barang yang berharga 3 c.u. dalam aplikasi tu.

Macam mana saya jumpa aplikasi ni?


Saya jumpa aplikasi ni masa saya selongkar Nokia store (LOL Nokia store kot hahahhah nanti cukup budget nak upgrade ke Oppo) semasa saya bosan :P dan kini Galaxy Mobstudio dah sediakan untuk Windows. So boleh laa nak guna aplikasi ni dalam laptop. Kepada sesiapa nak cuba guna aplikasi ni, silalah klik link ini.

http://galaxy.mobstudio.ru/web/?ref=27305350



ini rupanya kalau bukak guna laptop

Saya rasa ini sajalah untuk pendahuluan tentang aplikasi Galaxy ini. Nanti saya akan post entry lebih mendalam fasal Galaxy ini ya? Sesiapa yang ada soalan, atau masih kurang faham or ingin faham tentang apa yang saya merepek panjang-panjang kat atas tadi, bolehlah email saya ke

nuraifaa174@gmail.com

Atau hantar chat ke Facebook saya.

Semoga Berjaya ! :D



2 comments:

Ashabul Kahfi said...

Assllamu alaikum..., salam kenal ya.., aku juga pengguna galaxy indonesia, nama akun galaxyku : 4rd1

Epa said...

Waalaikumussalam.. Welcome to Galaxy ^_^